top of page

Anfaal seru lebih banyak syarikat tampil laksana CSR sektor pendidikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read

Anfaal (bertudung merah) merasmikan Program Sumbangan Jelajah Generasi Pintar anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad di Subang Jaya
Anfaal (bertudung merah) merasmikan Program Sumbangan Jelajah Generasi Pintar anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad di Subang Jaya

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Anfaal Saari menyeru lebih banyak syarikat korporat agar tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam sektor pendidikan.


Menurut beliau, inisiatif tersebut penting bagi memastikan kebajikan pelajar terutama daripada keluarga asnaf terus terpelihara serta tidak tercicir daripada sistem pembelajaran, di samping menyuntik semangat untuk mereka meneruskan pendidikan.


Sambil memuji syarikat-syarikat yang telah mengambil langkah proaktif melaksanakan CSR pendidikan, Anfaal menegaskan bahawa usaha itu merupakan pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.


"Kita sedia maklum kos menghantar anak ke sekolah semakin meningkat. Bantuan kelengkapan persekolahan yang lengkap memberi keyakinan kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah dan memastikan tiada pelajar tercicir.


"Inisiatif sebegini bukan sahaja membantu pelajar, malah menyokong pembangunan modal insan yang akan memberi impak positif kepada masyarakat dan ekonomi negara," katanya dipetik.


Terdahulu, Anfaal hadir merasmikan Program Sumbangan Jelajah Generasi Pintar anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad di Subang Jaya, pada Selasa.


Program tersebut turut mendapat kerjasama syarikat kasut Abaro dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dengan sasaran lebih 1,000 pelajar sekolah rendah di Selangor sebelum diperluaskan ke negeri lain termasuk Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.


Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin memaklumkan, menerusi program tersebut, setiap pelajar terpilih menerima sumbangan kelengkapan sekolah bernilai RM150 merangkumi pakaian seragam, alat tulis, beg sekolah serta keperluan asas lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page