top of page

Ancaman tindakan ke atas cikgu Fadli budaya BN, jadi lebih buruk jika kembali berkuasa



Rakyat Malaysia perlu membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sekiranya mahu melihat sistem pendidikan negara melahirkan generasi cemerlang, bukannya anak anak berminda 'bongsai'.


Menurut mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ancaman tindakan yang cuba dikenakan ke atas Cikgu Mohd Fadli Salleh bukanlah perkara baharu tetapi adalah budaya pentadbiran BN yang menyebabkan mutu pendidikana negara merudum sejak dua dekad lalu.


Cuma katanya, Cikgu Fadli bernasib baik kerana ketika beliau mahu dikenakan tindakan parlimen telah pun bubar, di samping beliau mempunyai pengikut yang banyak di media sosial.


"Cikgu Fadli bernasib baik kerana isu beliau menjelang PRU, mempunyai ramai follower dan beliau bersuara kepada umum. Hakikatnya sebelum zaman kita (kerajaan PH) berada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dahulu ramai yang menerima nasib seperti Cikgu Fadli, ribuan.


"Saya sendiri sebagai Menteri melihat laporan dari bawah. Orang dikenakan tindakan tatatertib kerana isu politik, kerana ada orang Umno BN di Pejabat Pendidikan Daerah, JPN yang menukarkan cikgu itu, ini.


"Jika mereka mengkritik sesetengah pengetua guna sekolah (salah guna) untuk propaganda parti, mereka langsung dikenakan tindakan. Sebab itu saya cadangkan kepada mereka yang menerima tindakan tatatertib seperti Cikgu Fadli, kita tularkan. Perkara ini bukan baru," katanya.


Dr Maszlee juga berkata, kritikan Cikgu Fadli sepatutnya didengar oleh Kementerian Pendidikan kerana beliau membicarakan keadaan kesukaran guru guru selepas pandemik Covid, dan berhadapan dengan sistem pendidikan, kurikulum yang ketinggalan zaman.


"Tanyalah kepada guru guru apa yang berlaku. Saya banyak menerima mesej dari para guru yang menyatakan mereka hilang semangat, depresi terhadap apa yang mereka alami di sekolah.


"Mereka dibebani tugas yang melampau, separuhnya berlapis lapis tanpa mempunyai mekanisme yang jelas.


"Guru guru telah 2 tahun terpaksa mengajar atas talian, mereka lesu upaya dan tidak diberikan ruang bernafas. Buka sekolah mereka dibebankan pelbagai tugas pula, terpaksa jadi warden, jadi kerani.


"Ini menyebabkan ramai guru terfikir untuk bersara awal. Walhal kalau kita lihat di negara maju seperti laporan UNDP, Unesco, di mana guru melakukan intervensi yang radikal.


"Maksudnya selepas 2 tahun Perintah Kawalan Pergerakan mereka perlukan input baharu, anak murid cicir, lost generation, perlunya intevensi. Dana perlu dilaburkan lebih banyak untuk pendidikan, kalau perlu guru tambahan, lantik, kalau perlu latihan kepada guru, berikan latihan.


"Ini tidak berlaku di Malaysia, kalau lihat laporan antarabangsa negara kita tidak responsif kepada pasca Covid," katanya.


Selain isu kebebasan bersuara di peringkat sekolah, Dr Maszlee yang pernah menjadi Menteri Pendidikan meliputi institusi pengajian tinggi juga berkata, kebebasan bersuara di universiti ketika ini sangat buruk


Katanya, Kementerian pernah cuba untuk mengantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kepada akta baharu yang lebih menjamin kebebasan tetapi selepas kerajaan PH dijatuhkan, kerajaan baharu tidak meneruskannya.


"Pada 2018 kita pinda AUKU sebagai satu tindakan permulaan. Sebab itu pada 2020 kita gantikan AUKU dengan undang undang lebih progresif, tujuannya beri lebih kebebasan.


"Kepada ahli akademik, kita pinda akta 605 (a) tatapi bila tukar kerajaan mereka tak minat teruskan, AUKU pun mereka tak minat. KPT kata mereka tidak minat. Sebab ingin bungkam suara rakyat.


"Di zaman kita perintah, kita berikan banyak peluang. Kita tak ambil tidakan sebab kita beri ruang demokrasi bersuara," katanya.


Mengenai tindakan yang diambil oleh Kementerian, Dr Maszlee berkata, beliau hanya mengambil tindakan ke atas guru guru yang benar benar melakukan salah laku dan mencemar bidang tugas, bukannya berkaitan isu politik.


"Ada kita ambil tindakan di zaman saya kepada salah laku seks, cikgu culas tak datang kerja. Tetapi cikgu ahli Umno, Pas di Facebook maki saya terang terangan pun kita tak ambil tindakan.


"Malah kita tarik mereka menghayati tugas sebenar guru, bukan main FB tetapi mendidik anak anak. Kita terima aduan ustaz culas pergi kuliah sana sini tetapi kita buat pendekatan beri kaunserling. Kalau kita nak guna kuasa, ramai kita ambil tindakan.


"Sebab itu apa berlaku kepada Cikgu Fadli bukan asing. Inilah yang digunakan oleh Umno BN kemudian PN. Dan kalau mereka kembali berkuasa mereka lakukan lebih teruk. Trek rekod mereka 60 tahun telah terbukti," katanya lagi.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page