Kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh tokoh wartawan sebelum ini kononnya Kerajaan Perpaduan mengancam kebebasan media dan bertindak seperti Big Brother (Abang Besar) dikecam oleh Menteri Komunikasi dan Digital.
Ahli Parlimen Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai) dalam sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa menyatakan tiada seorang pun wartawan yang ditahan oleh pihak berkuasa sepanjang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuasa dan hal itu lebih baik berbanding sepanjang pentadbiran PN (2020 - 2022) yang lalu.
"Sepanjang YB Tambun (Anwar Ibrahim) mentadbir bersama Kerajaan Perpaduan ini, tidak ada seorang pun wartawan yang ditangkap oleh pihak berkuasa.
"Tidak ada satu suratkhabar yang telah ditutup. Tidak ada tindakan seperti itu, maka memang kita tak boleh nafikan (pentadbiran) lebih terbuka. Itu adalah komitmen kerajaan YB Tambun dan kita akan kekal.
"Tidak ada seorang wartawan yang pernah ditangkap seperti yang pernah berlaku zaman pendemik (Covid 19) dahulu," katanya.
Hal tersebut, menurut Fahmi menjadikan Indeks Kebebasan Media bagi Malaysia lebih baik pada 2023 berbanding sebelumnya. Namun beberapa wartawan senior pro PN mengeluarkan kenyataan sebaliknya pada bulan lalu.
Kommentare