top of page

Ancam hakim Mahkamah Persekutuan: Tindakan pantas polis dipuji



Tindakan pantas pihak polis dalam menahan individu yang mengancam Ketua Hakim Negara dalam kes rayuan Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak di Mahkamah Persekutuan perlu dipuji.


Menurut Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kemaman, tindakan seumpama itu mampu menyelamatkan institusi kehakiman daripada dicerca dan diperlakukan sesuka hati oleh penyokong ahli politik pemerintah.


"AMK Kemaman mengucapkan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas menahan suspek kes ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di laman sosial Facebook.


"Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak PDRM, suspek tersebut akan direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.


"Semua pihak mesti berperanan untuk mempertahankan institusi kehakiman daripada serangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang terpengaruh dengan sentimen, fitnah dan juga ahli politik yang rakus dengan kuasa yang sanggup berbuat apa saja untuk menutup kebrobokan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh mereka," kata kenyataan AMK Kemaman.


Menurut kenyataan itu lagi, sistem kehakiman yang bebas adalah simbol keadilan yang utuh untuk semua lapisan rakyat, selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh parti KEADILAN selama ini.


"KEADILAN selaku parti yang menjunjung prinsip Rukun Negara dan juga pengasingan kuasa akan terus berjuang mempertahankan tonggak pentadbiran negara yang terdiri daripada pihak legislatif, eksekutif dan juga judisiari daripada dirosakkan oleh sekelompok golongan yang korup dan sanggup menggadai maruah negara demi kuasa," kata kenyataan itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page