top of page

Analisis: Betulkah Muhyiddin kurang berpolitik?


Baru-baru ini Bernama, agensi berita rasmi kerajaan menyiarkan sebuah laporan yang menyanjungi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin kerana beliau dikatakan kurang berpolitik dan hanya memberi tumpuan kepada menangani COVID-19 dan cabaran ekonomi negara.


Laporan itu turut memuji segala tindak-tanduk Muhyiddin yang kononnya langsung tidak bercakap mengenai politik dan mempunyai perwatakan seorang bapa kepada rakyat sehingga digelar Bapa Kebajikan Rakyat.


Selepas tiga bulan, cukup mudah dan pantas untuk rakyat lupa siapakah yang memulakan Langkah Sheraton sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Muhyiddin merupakan individu yang bertanggungjawab membawa keluar Bersatu daripada PH, bersekongkol dengan Azmin Ali dan penyokong-penyokongnya, sebelum sanggup bergabung dengan pembangkang untuk membentuk Perikatan Nasional (PN). Ini adalah berpolitik.


Selepas gagal memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin bertindak mencalonkan diri sendiri untuk jawatan itu dan akhirnya menjadi Perdana Menteri Ke-8 dengan restu PN, langsung tidak mempedulikan mandat rakyat. Ini adalah berpolitik.


Selepas menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin sedar bahawa PN tidak mempunyai sokongan majoriti seperti yang didakwanya selama ini, dan beliau tiada cara lain selain daripada 'membeli' sokongan itu.


Jadi, seorang demi seorang keluar daripada PH, dan mereka mendapat jawatan dalam kerajaan, tidak kira dalam GLC, agensi dan jabatan kerajaan. Ini adalah berpolitik.


Ini termasuk tawaran kepada ADUN-ADUN untuk mengambil alih kerajaan negeri iaitu Johor, Melaka, Perak dan Kedah. Ini adalah berpolitik.


Ada juga Ahli Parlimen PN tampil mengkritik pentadbiran Muhyiddin, dan kebanyakannya dalam kalangan pemimpin UMNO. Apabila perkara itu berlaku, Muhyiddin tawarkan mereka jawatan kerajaan. Ini adalah berpolitik.


Pakej rangsangan ekonomi bagi menangani kesan COVID-19 bukanlah untuk membantu rakyat semata-mata, malah bertujuan untuk memenangi hati rakyat dengan memberikan bantuan secara tunai dengan sebanyak yang boleh tanpa benar-benar menangani isu pengangguran dan menyediakan pekerjaan kepada rakyat. Ini adalah berpolitik.


Muhyiddin juga bertindak mengehadkan sidang Parlimen 18 Mei kepada titah Yang di-Pertuan Agong sahaja, tanpa sesi perbahasan dan soal jawab kemungkinan adalah cubaan untuk menghalang daripada usul undi tidak percaya. Malah, hanya media rasmi kerajaan dibenarkan membuat liputan. Ini adalah berpolitik.


Muhyiddin juga bertindak menggunakan polis dan SPRM untuk menangkap beberapa ahli partinya sendiri Bersatu dan memberi tekanan kepada mereka yang menyokong Tun Mahathir. Ini adalah berpolitik.


Yang terbaru, Riza Aziz dibebaskan daripada tuduhan 1MDB manakala 46 pertuduhan terhadap Musa Aman yang didakwa menerima rasuah konsesi balak ditarik balik serta-merta. Ia kemungkinan besar adalah cubaan Muhyiddin untuk mengekalkan sokongan Najib Razak dan anak Musa Aman, Yamani Hafez Musa. Ini adalah berpolitik.


Kesemua yang dinyatakan jelas menunjukkan Muhyiddin tidak pernah berhenti bermain politik. Itu belum lagi kira berapa banyak kali Muhyiddin bertemu dengan Mahathir dan cubaan untuk membeli Ahli Parlimen PH.


Majoriti tipis dalam Parlimen yang diperoleh PN juga menjadi salah satu sebab utama Muhyiddin tidak boleh kurang bermain politik.


Tidak ada Perdana Menteri yang kurang bermain politik, malah Perdana Menteri yang paling banyak bermain politik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page