Anak sekolah suruh masuk pertandingan bahas, calon PM takut debat?



Kenyataan Perdana Menteri (PM) Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa 'debat bukanlah budaya kita' dikecam Pengerusi Pakatan Harapan.


Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, tradisi debat dan bahas merupakan asas kepada kecemerlangan ilmu. Katanya murid di peringkat sekolah rendah pun disuruh masuk pertandingan bahas, apatah lagi calon PM yang seharusnya berdebat menyatakan polisi yang akan dibawa kepada rakyat selama 5 tahun.


"Bila kita kata (mahu) debat, debat bukan budaya kita. Amende ni? Anak sekolah suruh pertandingan bahas, di Parlimen kita bahas. Mail (PM) kamu hidup dalam zaman mana?


"Parlimen tempat bahas, sekolah yang berjaya, universiti berjaya menganjurkan pemikiran kritis. Ulama besar hidup dengan penuh perbahasan, soal jawab dan perbezaan pendapat.


"Bezanya kita guna perkataan baik, tak maki orang. Ini tidak, tak setuju dengan DAP maka komunis. Masa jadi kawan peluk. Berkawan dengan Bersatu, Umno maka DAP jadi komunis. Kalau DAP komunis tangkap lah," katanya dalam ceramah Jelajah Mega Harapan 2022 di Melaka, malam tadi.


Masalahnya, ujar Anwar yang jadi budaya popular ahli politik bukan debat tetapi curi.


Tukar PM, Menteri silih berganti tetapi curi tetap sama.


"Pimpinan silih berganti, PM silih berganti, kerja mereka sama, perkayakan diri dan keluarga mereka.


"Sebut sahaja agensi, jabatan ada rompakan. Yang izin (mereka rompak) kita. Pimpinan tak ada prinsip terus menjadi kerajaan. Kita harus ingat ini kelemahan kita. Pemimpin yang zalim dia boleh bertahan sekiranya dia berjaya membodohkan rakyat," katanya.


Mengenai kes Najib pula, Anwar menegaskan, keputusan mahkamah berdasarkan bukti yang jelas. Namun beliau sedikit terkilan kerana penyokong Pakatan Harapan (PH) belum berkerja keras memecah tembok kepungan minda yang dibina oleh BN dan PN sehingga penyokong mereka melihat Najib tidak bersalah sama sekali.


"Saya tidak mahu fitnah atau saya gembira Najib di Kajang. Tak ada. Tetapi proses itu diikuti. Orang tanya macam mana kes? Kes jelas. Ini ada akaun, masuk RM42 juta dalam akaun. Jelas bukan isu undang undang yang rumit.


"Itu pun ada lagi yang (cium tangan) Bossku. Menangislah makcik, kesian. Kerana tidak ada pencerahan


"Kita tak bekerja kuat dan tidak menembusi tembok yang dibina oleh Umno, Bersatu dan sebagainya. Kita mesti runtuhkan tembok itu dan bangkitkan semangat rakyat. Merdekakan rakyat," katanya.


Justeru, Anwar menyeru agar parti parti politik dalam PRU kali ini mengetengahkan polisi untuk memabntu rakyat sebagai hujah utama kempen dan bukan lagi adu domba seperti sebelumnya.


"Macam mana isu kos sara hidup, menteri ekonomi yang khianat tu apa rancangan kamu pastikan pendapatan rakyat meningkat? Apa rancangan kamu pastikan kos terkawal? Tak ada


"Kita PH jadikan ini keutamaan. Kita bentuk kerajaan pada 20 Nov, keutamaan kita kembalikan tugas kerajaan jaga rakyat dan keperitan hidup rakyat.


"Ini tidak. Isu kos hidup tak dibahaskan. Isu pelaburan tidak, keyakinan dunia antarabangsa kepada kita tidak. Yang ada DAP komunis, anti Islam. Kerana apa. dia ingat rakyat itu bodoh," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER