top of page

Anak Sabah pimpin negeri, tentukan masa depan - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 29
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal manaf


Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17, cogan kata yang sering dimainkan oleh parti parti tempatan adalah 'Sabah untuk orang Sabah', menunjukkan iltizam anak negeri untuk mentadbir dan menentukan hala tuju negeri berkenaan tanpa campur tangan luar.


Bagi Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, perjuangan anak negeri Sabah bukan sahaja didukung malah diberi pelbagai galakan oleh parti berkenaan.


Katanya, KEADILAN memberi kuasa kepada penduduk tempatan untuk merancang masa depan mereka sendiri. Malah, katanya, pemimpin dan calon KEADILAN dalam pilihanraya juga adalah dari kalangan anak negeri, manakala KEADILAN Sabah diberi kuasa autonomi menentukan perjalanan serta pengurusannya sendiri.


''Saya selalu ingatkan.. kita ini perjuangkan siapa untuk bertanding di Sabah?


''Semua anak negeri.. dan keputusan itu merangkumkan autonomi daripada segi peluang ke depan, dan bagaimana mereka mahu merencanakan masa depan mereka sendiri,'' katanya dalam wawancara eksklusif bersama Noraini Nordin yang mewakili Suara Keadilan.


Dalam sesi temubual tersebut, Nurul berkata beliau hadir ke Negeri di Bawah Bayu itu berdasarkan keputusan di peringkat negeri, di mana anak jati Sabah telah memilih beberapa kawasan DUN sebagai tapak awal untuk memulakan gerak kerja parti.


Selain itu, beliau juga menjelaskan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan perdana menteri pertama yang menunaikan hak hak rakyat Sabah secara sepenuhnya di bawah Perjanjian Malaysia (MA63).


Oleh itu, kata beliau, anak jati Sabah wajar mempercayai KEADILAN memperjuangkan hak hak mereka lebih baik apabila menjadi sebahagian Kerajaan Negeri.


''Alhamdulillah Datuk Seri Anwar selaku Presiden parti dan Perdana Menteri (PM), mencatat dokongan yang tinggi (di Sabah), mungkin kerana keutamaan beliau memenuhi bukan sahaja tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), (tetapi juga isu-isu lain seperti) bayaran interim yang buat pertama kali dalam sejarah telah diutamakan oleh pimpinan KEADILAN,'' ujarnya.


Untuk rekod, parti pembangkang dan kerajaan di Sabah sering kali menggunakan slogan "Sabah for Sabahan" untuk meraih undi.


Bagaimanapun, setelah beberapa dekad berlalu keadaan ekonomi penduduk Sabah masih tidak banyak berubah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page