top of page

'Anak rantau ceritalah kemakmuran negeri PH kepada orang kampung'




Anak perantauan yang mencari rezeki di negeri negeri maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan seharusnya menceritakan keselesaan mereka hidup dan bekerja di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang atau Johor.


Terutama kepada anak rantau yang berasal daripada Kelantan, Terengganu atau Kedah dan balik kampung pada musim cuti Hari Raya Aidiladha ini.


Bagi Exco Wanita Keadilan, Noraziah Mohd Razit, ibu bapa atau kaum keluarga di kampung seharusnya maklum mengenai kemajuan yang dibawa oleh parti parti dalam Kerajaan Perpaduan seandainya negeri negeri lingkaran Melayu tersebut beralih arah dan ditadbir dengan lebih berkualiti dan mengutamakan tatakelola yang baik.


"Pujuklah mereka (kaum keluarga) untuk undi selain daripada Pas-PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Noraziah Mohd Razit

Menurut Noraziah, tentu anak rantau terfikir mahu ibu bapa dan keluarga di kampung mendapat nikmat kemudahan asas yang lebih baik. Bekalan air bersih yang sempurna serta kemudahan infrastruktur yang lebih lengkap untuk orang tersayang.


Mungkin katanya, mereka menyukai suasana kampung asal yang lebih damai dan tenteram, namun adalah kampung di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Penang tidak damai?


"Atau adakah anak rantau yang memang mahukan semua di atas tapi risau “keislaman” akan berkurang, merasakan negeri tempat mereka berkerja tidak cukup Islam?


"Adakah Islam tidak cukup makmur di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan?


"Adakah tiada laungan azan di Pulau Pinang?" tanyanya.


Justeru, kata Noraziah, anak rantau harus bersikap lebih rasional dan menasihatkan politik yang rasional kepada kaum keluarga di kampung agar fikiran mereka lebih jernih menjelang PRN pada Ogos ini.


* Kredit foto Selangorkini

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page