top of page

Anak Presiden UMNO terlepas hukuman berat, bukti PN amal hukuman dua darjat



Pada 20 April lalu, Nurul Hidayah, anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundang kemarahan rakyat apabila didapati melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).


Kedua-duanya dipercayai melanggar PKP fasa kedua dan ketiga, iaitu hanya seorang yang dibenarkan dalam satu kereta dan perjalanan terhad dalam lingkungan 10km kecuali dengan kebenaran khas dari polis atau kebenaran untuk bekerja.


Apa yang lebih mengejutkan, Nurul dengan tanpa rasa bersalah memuat naik gambar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad,sedangkan pertemuan itu boleh dibuat secara dalam talian.


Pelbagai pihak mengkritik tindakannya yang tidak menghormati pelaksanaan PKP dan ramai yang mahu dia didakwa sama seperti orang lain yang melanggar PKP.


Namun, Nurul bukan sahaja tidak meminta maaf mahupun mengakui kesalahannya, malah dia mencabar rakyat supaya melaporkannya kepada pihak polis, seolah-olah tidak takut dengan sebarang hukuman yang akan dihadapinya.


Seminggu selepas itu, PDRM mengambil keterangan dan dua minggu selepas itu, barulah Nurul dan suaminya didakwa dan dihadapkan ke mahkamah.


Hari ini, Nurul dan suaminya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya dan didenda RM800, berbanding denda maksimum RM1,000 dan penjara enam bulan, atas alasan mereka mendapat surat jemputan daripada menteri untuk mengadakan pertemuan.


Ia menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat, adakah bentuk hukuman berbeza jika seseorang individu itu mempunyai pertalian dengan pemimpin kerajaan?


Sedangkan selama ini sesiapa sahaja yang melanggar PKP, individu itu pasti akan didenda maksimum RM1,000 ataupun dipenjara, tidak kira terhadap seorang ibu tunggal mahupun penganggur, tidak ada langsung perbezaan hukuman.


Tetapi, jika Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan EXCO Perak, Razman Zakaria pun didenda sehingga RM1,000 kerana melanggar SOP penjarakan sosial, apa alasannya dengan Nurul yang hanya didenda RM800?


Ia jelas menunjukkan wujudnya hukuman dua darjat dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.


Apa yang lebih membimbangkan, jika hukuman dua darjat terus diamalkan, lebih ramai golongan seperti Nurul ini akan melanggar undang-undang dan terlepas daripada hukuman berat.


Inikah caranya Perikatan Nasional mentadbir negara?




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page