Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 adalah medan untuk rakyat Malaysia, terutamanya anak muda menentukan masa hadapan negara untuk 5 tahun akan datang.
Calon Perdana Menteri (PM) ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat khasnya malam ini berkata, rakyat dan anak muda perlu mendepani realiti dengan menolak untuk diperkotak katikan oleh pemerintah yang rasuah dan penipu.
"Mereka (pemerintah) tidak mahu anak muda berbahas. Mereka sekat pimpinan universiti. Saya boleh mengajar di banyak universiti di dunia. Boleh kuliah di Havard, profesor di Oxford tetapi nak masuk universiti tempatan tak boleh kerana Umno, Bersatu dan Pas takut dengan kebebasan rakyat
"Sebab itu anak anak yang dikasihi sekelian, bangkit. Jangan harap orang lama dalam elit penguasa kerana mereka terlalu banyak kepentingan. Dia nak cakap, dia takut.
"Sebab itu saya salute baru baru ini 70 profesor Melayu berani menyatakan sikap. Semalam 120 NGO rangkaian Melayu menyatakan sudah sampai masanya Malaysia menyaksikan perubahan dan Anwar sebagai PM.
"Masa depan jangan biar orang rasuah tentukan. Kita berhutang RM1.2 trilion. Siapa nak bayar? Anak muda. Pinjam untuk projek rakyat? Tidak. Pinjam untuk sakau wang rakyat. Dulu 1MDB sekarang DNB," katanya di hadapan kira kira 5,000 penyokong PH di Tambun.
Anwar juga menekankan supaya anak muda mempunyai cetusan idealisme menentang penindasan dan benci kepada kezaliman, rasuah serta hipokrasi.
"Jadi beri kita mandat, kita hentikan kerja biadap, kurang ajar ini. Berapa ramai anak muda makan mi segera? Masa dulu, baru merdeka wang tak ada, minyak tak ada, sawit belum ditanam tetapi saya tidak lihat kawan kawan saya hidup sebegitu rupa. Sampai ada foodbank untuk bantu mereka," katanya.
Calon Ahli Parlimen Tambun itu turut kesal dengan sikap pemimpin Perikatan Nasional yang sepanjang 2 minggu berkempen ini tidak menjawab secara fakta isu isu yang ditimbulkan oleh PH kecuali mencerca dan memfitnah.
"Mengapa saya, Arafat (DUN Hulu Kinta), Asmuni (DUN Manjoi) menawarkan diri? Sebabnya kita nak mulakan budaya politik baru. Mengapa tadbir urus penting? Apa jawab Muhyiddin, Hadi Awang?
"Dia tak jawab isu pokok, (dijawab) Cina komunis sokong dia (Anwar). Saudara boleh berfikir, inilah cara Umno, Bersatu dan Pas jajah pemikiran orang Melayu. Mereka tak cakap soal rasuah, tatakelola yang baik tetapi bahaya Cina komunis kawal kita.
"Semalam Muhyiddin Yasin terdesak, dia nak kalah, dia bawa cerita baru. Anwar PH kalau menang Kristian dan Yahudi ambil alih negara. Ini tipu atau tidak? Bodoh atau tidak?" tanyanya.
Justeru, Anwar menolak calon PM daripada PN itu yang hanya mampu memfitnah selain selalu tidak hadir ke parlimen dan enggan mengisytiharkan harta.
"Nak jadi calon PM parlimen pun tak hadir. Muhyiddin orang paling teruk hadir parlimen. Diikuti Hadi Awang kerana parlimen bukan sekolah. Saya ulangi hal ini, supaya anak anak boleh nilai jenis pemimpin Melayu yang nak ditonjol, jangan dirasuk perkauman dan agama sempit.
"Pilihan raya ini bukan setakat nak menentukan Anwar PM tetapi menentukan nasib kita sendiri, kualiti pendidikan, nasib pelajar universiti, urusan PTPTN yang tidak selesai.
"Kerajaan baru yang kita lantik mesti cari jalan ringankan beban anak belajar termasuk PTPTN. Impian saya ada Melayu, Islam yang ada nilai tidak rasuah, bela nasib orang Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan," katanya.
Justeru Pengerusi Pakatan Harapan itu mahu rakyat Malaysia memujuk ibu bapa dan keluarga untuk sekali ini berubah mengundi PH demi mendapatkan kerajaan yang lebih baik.
Jangan lupa untuk mengikuti semua media sosial rasmi Suara Keadilan Laman Sesawang: https://www.suarakeadilan.my Youtube Channel: https://www.youtube.com/suarakeadilan... Facebook: https://www.facebook.com/suarakeadila... Twitter: https://twitter.com/suarakeadilan99 Instagram: https://www.instagram.com/suarakeadil... Telegram Channel: https://t.me/suara_keadilan Radio: https://radiooh.com/play?type=Show&id=30 Suara Sebenar Akar Umbi #SuaraKeadilan#Keadilan