top of page

Anak muda perlu pendidikan politik di bangku sekolah


Oleh: Abdullah Zaid


Anak muda yang mudah terpengaruh dengan propaganda di media sosial perlu diberi pendidikan atau pengetahuan politik secukupnya, terutama di peringkat sekolah menengah.


Menurut Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar kematangan pemikiran perlu ada pada setiap anak muda bagi memandu mereka membuat pilihan tepat dan terbaik.


"Bagi pelajar khasnya bakal pengundi negara, pendedahan yang lebih baik kepada pendidikan politik diperlukan untuk mengalak lebih ramai golongan muda turun mengundi.


"Ia juga dapat memberi pendedahan awal untuk mempunyai kesedaran dan kematangan dalam memilih pemimpin yang benar-benar berkhidmat serta tidak memainkan isu perkauman atau agama untuk berkuasa," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Tambahnya, sukatan pelajaran di peringkat sekolah itu dapat meningkatkan pemahaman terhadap pentingnya politik dalam menentukan masa hadapan negara, bukannya seperti tanggapan anak muda hari ini bahawa politik itu kotor dan perlunya mereka memilih tokoh berciri tertentu yang 'berimej suci'.


"Saya lihat belia perlu diberi pendedahan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mempunyai pemahaman yang lebih baik sejak dari usia muda.


"Tanggapan mereka bahawa politik hanya ditenggelami dengan rasuah dan salahguna kuasa perlu diubah," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, wakil rakyat KEADILAN itu juga mencadangkan subjek pendidikan politik tidak seharusnya terlalu berat agar anak muda tidak menganggap proses melantik pemimpin sebagai sesuatu yang rumit.


"Mereka perlu dididik tentang politik secara ringkas dan menyeluruh bagi memastikan tidak terbeban dan melihat ia sebagai perkara yang rumit," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page