Anak muda perlu keluar mengundi sebelah petang, bawa perubahan



Peratusan keluar mengundi pada sebelah pagi yang rendah sedikit mengecewakan, terutama kepada rakyat Melaka yang seharusnya membuat perubahan pada pilihan raya kali ini.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang meninjau di beberapa pusat pengundian pagi ini, peratusan yang rendah menyukarkan Pakatan Harapan untuk memperolehi keputusan memberansangkan.


Oleh itu, beliau menyeru jentera PH melipatgandakan usaha mengeluarkan para pengundi.


"Saya boleh kata setakat ini nampaknya belum ramai lagi. Jentera parti tengah usaha memastikan ramai pengundi keluar.


"Situasi ini bergantung kepada keupayaan jentera kita keluarkan pengundi. Saya seru kepada petugas-petugas untuk bertungkus lumus di samping berhati hati, pastikan kita kerja keras untuk bawa pengundi dengan cara menjaga SOP," katanya kepada Suara Keadilan.


Ahli politik kelahiran Melaka itu berharap suasana mengundi pada sebelah tengah hari dan petang akan lebih baik.


Beliau menyeru agar anak muda menunaikan tanggungjawab bagi memastikan Melaka diperintah oleh kerajaan yang telus dan berakauntabiliti selepas ini.


"Kita harap pengundian akan jadi lebih meriah pada sebelah tengah hari dan petang. Saya juga ingatkan bahawa pilihan raya ini sangat penting dan pengundi harus sedar.


"Ini bukan sahaja tanggungjawab untuk mengundi tetapi tanggungjawab kita terhadap masa depan Melaka dan generasi akan datang," katanya.


Pengarah Pilihan Raya Melaka itu juga merayu agar generasi muda yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya keluar pada sebelah petang, beramai-ramai memenuhkan pusat pengundian dan memenangkan PH untuk menikmati tawaran-tawaran pemulihan ekonomi, peluang kerjaya dan dana perniagaan yang dijanjikan dalam manifesto PH Melaka.


"Pengundi muda kena sedar ini akan menentukan corak pentadbiran di negeri ini. Kalau sekiranya pemerintah yang dipimpin oleh mereka pernah ada rekod rasuah dan penyelewengan, kita sedar bahawa pentadbiran yang bakal dibentuk oleh BN dan PN tidak akan mewujudkan kestabilan untuk memulihkan ekonomi.


"Justeru menjejaskan peluang orang muda untuk memulihkan kehidupan mereka. Ini adalah sangat penting untuk orang muda mengambil sikap lebih proaktif memberi sokongan penuh kepada PH," katanya lagi


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER