top of page

Anak muda perlu berani ubah cara berfikir - Zaidi Jatil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 7
  • 1 min read

Zaidi (berbaju biru muda) menyampaikan sumbangan di Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Sabah
Zaidi (berbaju biru muda) menyampaikan sumbangan di Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Sabah

Oleh: Akmal Manaf


Golongan anak muda di negara ini digalakkan untuk melakukan perubahan dalam cara berfikir dengan mengambil pendekatan lebih proaktif terhadap peranan mereka dalam pembangunan negara.


Ketua Cabang KEADILAN Kota Marudu, Zaidi Jatil berkata, negara memerlukan generasi yang bukan sahaja bijak menuntut tetapi berani menyumbang, memimpin dan berbakti.


''Anak muda harus berani melakukan perubahan dalam cara berfikir. Sudah tiba masanya kita berhenti bertanya seperti apa yang boleh (kita) dapat daripada kerajaan? Sebaliknya mula bertanya apa sumbangan yang boleh diberikan kepada kerajaan dan negara.


''Saya turut menegaskan betapa pentingnya generasi muda mengamalkan nilai menghormati sesama manusia, memelihara hubungan silaturahim, serta terus memperkukuh semangat perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.


''Inilah kekuatan sebenar negeri dan negara kita yang perlu dipelihara bersama,'' katanya dalam ucapan perasmian Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Sabah 2025 yang diadakan baru-baru ini.


Program berkenaan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping, Kota Marudu yang menghimpunkan para kadet dari beberapa daerah di negeri tersebut.


Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasakan pasukan beruniform di peringkat sekolah, Zaidi telah menyumbangkan sebanyak RM3,000 bagi membantu kelancaran dan kejayaan program perkhemahan tersebut.


Sumbangan itu diserahkan kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Unit Kokurikulum-Beruniform).


Program itu katanya diharapkan dapat melahirkan lebih ramai anak muda yang berdisiplin, berjiwa besar, dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan demi kemajuan Sabah dan Malaysia tercinta.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page