top of page

Anak muda mula keluar mengundi, peratusan meningkat 51%



Oleh: Abdullah Zaid


Peratusan mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai mula meningkat pada tengah hari apabila anak muda dilihat keluar berbaris di beberapa pusat mengundi.


Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Felda Kemahal dan Sekolah Menengah Chemomoi mendapati suasana meriah dengan kehadiran para pengundi yang semakin bertambah berbanding waktu pagi.


Sepanjang pemerhatian jam 1 petang, trafik berjalan lancar dengan peningkatan pengundi anak muda yang mula membanjiri di luar premis tempat pengundian.

Perantau yang pulang diharap memberi undi ke BN

Dalam pada itu, kelihatan anggota keselamatan dan sukarela mengawal kenderaan dengan baik dan memberi keutamaan kepada pengundi golongan tua untuk memudahkan mereka masuk ke pusat pengundian.


Turut kelihatan, kenderaan membawa pengundi ke pusat pengundian yang disediakan parti yang bertanding mengambil dan menurunkan pengundi di sana sini.


Selain itu, di ruang ‘pondok panas’ BN dilihat meriah dan padat dengan jentera yang bertungkus lumus membuat persiapan minit akhir bagi menyambut kemenangan calon mereka.


Hasil tinjauan juga mendapati, penempatan dan kediaman pengundi DUN Pelangai dihiasi dengan bendera blok kerajaan itu dan plakad sekali gus memberi kelebihan buat calon BN Datuk Amizar Abu Adam mengekalkan kemenangan di kerusi tradisi BN.


Sementara itu, semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini mencecah 75 peratus dengan keputusan dijangka diketahui pada 9 malam ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page