top of page

Anak muda makin menyebelahi Kerajaan Perpaduan



Tujuh bulan selepas tsunami hijau menenggelamkan Kawasan Utara dan Timur Semenanjung Malaysia terdapat tanda tanda gelombang menggila tersebut mulai reda.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohd Izuan Kassim, dapatan terbaharu terutama di negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini, sokongan kepada PN telah menurun.


"Sokongan anak muda kalau dilihat dari dapatan semakin memihak kepada kita. Kalau PN bicara pasal anak muda sentiasa menyokong mereka, saya ingat itu angan angan.


"Dapatan terbaru anak muda sudah beralih ke Kerajaan Perpaduan. Jadi kita fokuskan isu anak muda. Dari umur 18 ke 35 tahun peralihan berlaku.


"Jadi kalau PN kata anak muda bersama mereka kalau ikut dapatan, sukar," katanya dalam ceramah di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan Selangor, malam tadi di Kampung Permatang, Kuala Selangor..


Izuan dalam pada itu mengingatkan AMK agar berkempen menggunakan situasi semasa. Misalnya PN berbangga banyak anak muda yang diangkat mereka sebagai Ahli Parlimen.


Bagaimapaun katanya, anak muda itu tidak membawa suara generasi muda untuk dibahas dan gagal menyerlah sebagai pembangkang yang baik.


"Di parlimen kalau kita tengok bila dibahas Laporan Ketua Audit Negara, mana anak muda mereka? PN kata menghantar ramai anak muda sebagai Ahli Parlimen tetapi sayang perkara asas itu tidak dibuat.


"Mereka duduk di parlimen minum kopi di luar dewan. Kalau nak hantar pemuda jadi pemimpin hantarlah dari PH, baru suara anak muda didengari," katanya.


Bagi PRN Selangor, Izuan memberi jaminan AMK akan menyokong semua pihak yang bertanding.


"Keterbukaan dan peluang yang diberikan kepada anak muda itu terbuka luas.


"Tiada istilah kerusi ini keusi saya, atau Wanita atau kerusi AMK. Kami di peringat AMK pertahan kuota AMK tetapi bukan kerusi tertentu.


"Kami boleh bagi komitmen, siapa pun yang akan bertanding kami bantu, parti mana pun bertanding kami turun atas satu alasan, kita nak pertahan Selangor daripada anasir anasir PN," katanya.


Di saming itu, Izuan juga menyeru agar pemimpin AMK terus memposisikan diri dalam masyarakat.


Setakat ini, katanya, saranan yang beliau buat beebrapa bulan lalu telah dijalankan dengan baik yang mana AMK masuk ke surau, masjid, persatuan penduduk, majlis belia daerah dan negeri


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page