top of page

Anak muda Madani penuh idealisme, benci kepura puraan, penyelewengan



Anak muda perlu mempunyai idealisme dan sikap membenci kepura puraan, rasuah serta penyelewengan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anak muda dalam Malaysia Madani seharusnya cinta kepada keadilan dan kemanusiaan.


"Saya menaruh harapan tinggi. Saya hanya mampu dalam keadaan negara sekarang, dalam pengalaman lalu, perpecahan kaum, agama, rasuah yang menjadi sistemik, ketirisan. Maka saya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak muda, berfikir secara kritis. Jangan jadi macai, jangan jadi walaon. Guna fikiran dengan baik.


"Kalau tidak kita hanya jadi alat perkakas. Bersyarah berdegar gegak gempita tetapi mewakili sosok yang kolot dan jumud


"Kita harap anak anak sekelian faham keperluan kita ini membawa corak pemikiran baru. Lebih bebas, lebih terbuka, tahu apa erti kebenaran, keadilan dan mempertahankan hak kita.


"Tahu masa depan negara ini dalam landasan jelas, kebebasan, kemanusiaan hentikan kerosakan," katanya dalam Program 'Temu Anwar Kelantan' di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok hari ini, yang turut dihadiri lebih 5,000 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan.


Ketika diminta oleh pengacara majlis untuk menceritakan mengenai sahabat baik beliau ulama terkemuka dunia Almarhum Dr Yusuf al Qardhawi, PM berkata sosok tersebut amat mempersonakan sikapnya dalam berdakwah.


Katanya, sejak mengenali Qardhawi dari zaman mudanya memimpin ABIM, ulama dunia itu tidak pernah keras dalam pendekatan dakwah beliau. Sentiasa menyerukan kecintaan, rahmah dan keindahan Islam.


"Saya kenal beliau sejak saya pimpin ABIM. Saya lihat ilmunya mendalam, semangatnya kental, sikapnya jelas tentang Islam.


"Jumpa dia tidak pernah menyakitkan, bawa semangat kecintaan, rahmah. Dakwahnya tidak bebal, menghukum orang. Bila ada trend awal 1980an, kafir sesama Islam dia tulis terus, bukan tugas kita mengkafirkan. Tugas kita mendakwah.


"Kalau baca buku dia, dialog dia di UK, di USA, dunia Arab, tidak pernah bunyi dia menolak (sesetengah golongan) dengan keras. 'Kamu tidak mahu Islam kamu masuk neraka. Tak ikut kami kamu sesat,' tiada langsung.


"Kalau tanya saya tentang Qardhawi, dalam keadaan saya di penjara dia tulis (kritik) keras sikap zalim menolak kebenaran. Azizah ada temui dia di Qatar dan dia kata tidak akan datang ke Malaysia selagi saya tidak dibebaskan dari penjara. Itu dia tokoh alim.


"Dengar pidato dia, tidak pernah kata orang ini liberal, sekular, menyesatan, orang ini tidak bermoral. Yang dengar (kata kesat) ini dari ulama picisan yang didukung walaon yang tidak berfikir," katanya.


Dalam ucapan itu, PM turut menyentuh sedikit mengenai keperibadian Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang juga tidak pernah mencerca musuh politik.


Oleh itu, katanya, beliau senang berbincang dengan sosok berkenaan sama ada isu air Kelantan, bantuan banjir atau soal pembangunan lainnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page