top of page

Anak muda jangan mudah ditipu propaganda politik - PM



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan muda untuk memiliki nilai idealisme dan minat untuk membawa perubahan kepada masyarakat.


Pada Sesi Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menyatakan harapan agar golongan muda tidak mudah tertipu dengan propaganda politik dan menjiwai Malaysia Madani yang dibentuk oleh Kerajaan Perpaduan.


Golongan muda, kata PM, mesti bersikap bijak dalam dapat melihat dan mengkaji sesuatu maklumat sebelum membuat sebarang keputusan.

"Ada (golongan) anak muda tetapi perangai (mereka) lebih teruk daripada orang tua, ada anak muda tetapi (mereka) menjadi tali barut atau pencacai (dengan mempertahankan penyelewengan dan penindasan).


"Apa erti (kita punyai) anak muda sebegitu, menjadi anak muda ikut sahaja (apa yang diperkatakan dan menjadi) sebagai macai (yang) tidak berfikir, ataupun sebagai 'walaun'.


"Anak muda (yang) kita (mahukan adalah punyai) nilai dari segi keyakinan dan minat hendak bawa perubahan, minat dalam menimba ilmu, minat dan cita-cita membawa kebaikan, itu yang disebut (ciri) idealisme," katanya.


Beliau turut memberi contoh beberapa tohmahan palsu yang dilompar kepadanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang semata-mata dibuat untuk meraih sokongan.


"(Ada yang dakwa) kalau sokong Anwar, dia akan sokong LGBT, kalau sokong Anwar, (orang) Cina akan berkuasa, (semua) ini tidak betul.


"Ini jadi masalahnya, maknanya kita (semua terutama orang muda) tertipu dengan propaganda politik, (contohnya) pada masa kempen (PRU-15), mereka kata kalau sokong Anwar, Islam akan dibenamkan, (semua itu tidak benar)," katanya.


Sebaliknya, agenda Malaysia Madani akan menjadikan politik dan bernegara lebih murni serta mengutamakan akhlak dalam setiap bidang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page