top of page

'Anak muda hampir 50% pengundi, cetuskan gelombang perubahan'



Anak muda berumur 18 hingga 39 merupakan hampir 50% daripada jumlah pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Mereka juga adalah generasi yang paling terkesan dengan apa sahaja keputusan PRU dan kerajaan jenis apa yang akan terbentuk kemudiannya.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, amat penting untuk anak muda memutuskan membuat keputusan yang betul agar negara boleh diselamatkan.


"Anak muda waktu ini ada yang faham apa berlaku, ada yang tercuit hati mereka ingin tahu apa proses demokrasi ini. Ada yang langsung tak kisah. Harapan saya kepada anak muda berusia 18 tahun ke atas hingga 29 tahun melakukan perubahan.


"Mereka yang pertama kali atau kali kedua mengundi, kumpulan ini mampu membawa satu ledakan demokrasi berasaskan proses pilihan raya. Berdasarakn statistik jumlah pengundi 18 ke 39 tahun mencecah 50%," katanya.


Sekiranya Malaysia tidak boleh diselamatkan pada PRU kali ini maka negara yang telah sampai ke tahap berhutang untuk membayar hutang akan masuk ke pringkat yang lebih parah.


Justeru, calon Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyeru agar anak muda berfikiran lebih matang sebelum membuang undi pada 19 November ini.


"Mereka ada peluang sangat baik menentukan kerajaan dan saya harap mereka dapat keluar membuang undi pada 19 November," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page