top of page

Anak muda bujang gembira nikmati bantuan SARA, ringankan kos kehidupan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 16
  • 1 min read

Zulqarnain penerima SARA kategori bujang berterima kasih kepada kerajaan meringankan kos hidup
Zulqarnain penerima SARA kategori bujang berterima kasih kepada kerajaan meringankan kos hidup

Oleh: Akmal Manaf


Dalam suasana kos sara hidup yang mencabar, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori bujang yang mula disalurkan kepada 3.1 juta penerima hari ini, hadir memberi kelegaan kepada golongan berkenaan untuk meneruskan kehidupan harian.


Terdahulu, Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan individu bujang berusia antara 21 hingga 59 tahun layak menerima bantuan SARA secara bulanan mengikut dua kategori.


Tinjauan Suara Keadilan ke atas penerima SARA, rata rata menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Madani yang membantu meringankan kos kehidupan mereka, terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar.


Pekerja swasta Muhammad Zulqarnain Mislan, 24, menyifatkan inisiatif tersebut menggambarkan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.


"Sekurang-kurangnya kami rasa didengari dan diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Terima kasih atas bantuan berkenaan," katanya.


Seorang lagi pekerja swasta, Nurafiqah Azizah Abd Aziz, 28, pula berkata SARA adalah tanda keprihatinan kerajaan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Nurafiqah Azizah salah seorang penerima berharap bantuan SARA akan diteruskan pada masa akan datang
Nurafiqah Azizah salah seorang penerima berharap bantuan SARA akan diteruskan pada masa akan datang

"Terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas bantuan yang diberikan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu keperluan kewangan kami.


"Saya berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan," katanya.


Untuk rekod, bantuan SARA bagi kategori bujang berumur 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah ditetapkan sebanyak RM50 sebulan, menjadikan jumlah keseluruhan RM600 setahun.


Sementara itu, penerima bujang dalam kategori sama yang turut tersenarai dalam eKasih, akan menerima bantuan lebih tinggi iaitu RM100 sebulan dengan jumlah tahunan sebanyak RM1,200 yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page