top of page

'Anak muda boleh lakukan perubahan di Kelantan'



Kelantan mungkin merupakan kubu kebal bagi Pas. Namun negeri Cik Siti Wan Kembang itu bukanlah tidak boleh melakukan perubahan sama sekali.


Bagi Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan, perubahan boleh berlaku andainya Kerajaan Perpaduan mempunyai strategi khusus menawan Kelantan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan Julai kelak.


Katanya, anak muda yang merupakan hampir separuh daripada pengundi ketika ini mempunyai pegangan politik yang lebih terbuka berbanding generasi lebih terdahulu dan mereka berpotensi mengundi Pakatan Harapan (PH).


"Kalau kita kuatkan program anak muda, impaknya ada. Saya pun dengan kerjasama dengan Majlis Belia Kelantan, ABIM Kelantan aturkan program untuk anak muda.


"Kita tengok orang tua memang tak masuk (penerangan) sangat, beritahulah apa benda pun. Tetapi anak muda boleh berubah. Saya cuba jumpa mereka dan nampak lain (keterbukaan)," katanya kepada Suara Keadilan.


Oleh itu, Zinda berharap lebih banyak program dialog bersama anak muda boleh dibuatkan dengan kerjasama agensi kerajaan pusat.


Beliau berkata, salah satu yang boleh membantu anak muda ialah mempercepatkan pelancaran program Inisiatif Pendapatan Rakyat di Kelanan.


"Salah satunya IPR, untuk kita bantu rakyat Kelantan. Mereka akan nampak peluang perniagaan di Kelantan.


"Anak muda yang fresh graduate kita tahu tak ada kerja. Isu itu (penyelesaian masalah) kita perlu bangkitkan di Kelantan," katanya.


Menyentuh mengenai gelombang hijau yang menenggelamkan PH di negeri lingkaran Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu, Zinda berkata keadaan waktu PRN kelak mungkin tidak sama.


Beliau sendiri merasakan Pas agak gusar dengan perkembangan di peringkat Persekutuan apabila penerimaan rakyat semakin positif ke atas pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pas katanya, mula mengimbangi perkembangan itu dengan melancarkan beberapa program menarik minat anak muda di Kelantan pada ketika ini.


"Baru baru ini mereka panggil artis untuk kekalkan momentum. Sebab mereka nampak anak muda nak beralih. Jadi mereka panggil artis dan buat program," katanya.


Untuk melebarkan pengaruh PH di Kelantan, Zinda mencadangkan agar kerajaan membuat program khas PM bersama anak muda di Kelantan sebagaimana dialog anak muda yang dianjurkan oleh AIC di Kuala Lumpur pada minggu lalu.


"Sekarang nampak kesan (penerimaan ke atas Kerajaan Perpaduan) tetapi tak ketara sangat. Bagi saya PM kena banyakkan lagi aktiviti anak muda.


"Anak muda bersama PM ada impak. Kena buat program khas di Kelantan, himpunan anak misalnya," kata beliau lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page