top of page

Anak lahir luar negara: Kerajaan patut kuatkuasakan perintah Mahkamah Tinggi



Aktivis masyarakat daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan politik mendesak kerajaan BN - PN segera melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kewarganegaraan anak yang lahir di luar negara dengan bapa warga asing.


Menurut kenyataan kumpulan NGO berkenaan, keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah tepat bahawa kewarganegaraan juga boleh berpandukan kepada ibu dan bukan terhad kepada bapa.


Mereka mempersoalkan rayuan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan terhadap keputusan berniat baik Mahkamah Tinggi berkenaan.


Senator Fadlina (dua dari kanan), Sangetha (tiga dari kanan) dan Loh Ker Chean (kiri sekali) antara penggerak kempen penerangan

"Sepertimana kita sedia maklum keputusan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik ditetapkan semula pada 5 Ogos.


"Oleh itu, kami telah mengadakan suatu sesi perkongsian dan perbincangan antara aktivis aktivis masyarakat khususnya pemimpin pemimpin Wanita KEADILAN untuk bersama dengan wakil ibu warganegara Malaysia dan anak yang terkesan dari Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) pada 2 Julai di Dewan Jati, Shah Alam.


"Kami ingin mendesak kerajaan supaya tidak akan menangguhkan lagi perintah Mahkamah Tinggi berhubung isu ini yang telah diputuskan pada 9 September 2021 sekiranya keputusan rayuan kerajaan ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos kelak," kata mereka.


Menurut kenyataan itu lagi, andainya rayuan kerajaan ditolak maka perintah terdahulu wajib dilaksanakan segera agar anak anak kepada ibu warganegara Malaysia yang terkesan diberikan kerakyatan secara automatik.


"Hasil perjumpaan juga memutuskan kami akan menjelajah ke seluruh negara dan bekerjasama dengan aktivis aktivis tempatan untuk membuat sesi penerangan dan kesedaran awam tentang isu ini dalam masa yang terdekat sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama itu dimulakan oleh Wanita Nadi Selangor (WANIS). Kenyataan disokong oleh Sangetha Jayakumar Pengerusi WANIS; Loh Ker Chean Setiausaha Empati Malaysia; Fadhlina Sidek Timbalan Presiden Family Empowerment (FAME); Elizabeth Wong Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN; Lanuga Velan Aktivis KEADILAN dan beberapa pemimpin politik KEADILAN yang lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page