AMK Wilayah Persekutuan pastikan KEADILAN menjadi pilihan rakyat



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan akan memastikan kawasan Parlimen yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu dapat dipertahanakan pada kali ini.


Menurut Ketua AMK Wilayah, Mohammad Azfar Aza Azhar, prestasi cemerlang dalam PRU lalu akan menjadi pedoman untuk sayap pemuda itu bekerja keras menghadapi pilihan raya akan datang yang boleh diadakan pada bila bila masa.


"Prestasi cemerlang PRU 14 di Wilayah Persekutuan perlu diteruskan dalam memastikan kawasan-kawasan parlimen dimenangi oleh KEADILAN dapat dipertahankan termasuk usaha meyakinkan kembali pengundi di parlimen Bandar Tun Razak yang telah dikhianati Ahli Parlimen sebelum ini.


"Usaha kerjasama bersama rakan-rakan komponen di dalam Angkatan Muda Harapan di Wilayah Persekutuan juga perlu diperhebatkan dalam memastikan kerusi kerusi yang dimenangi rakan-rakan di dalam PH dapat kita bantu pertahankan dan merampas semula Parlimen Titiwangsa seterusnya mencipta gelombang baharu di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, AMK akan mewujudkan satu pasukan yang kuat untuk meyakinkan rakyat agar sekali lagi membuat perubahan dalam PRU 15


Usaha itu, katanya termasuklah menubuhkan pasukan khas AMK yang akan menangani cabaran kempen dan strategi pilihan raya.


"Dalam memastikan usaha meyakinkan rakyat di setiap Cabang di Wilayah Persekutuan, sebuah pasukan AMK Wilayah akan ditubuhkan dalam minggu ini dengan rundingan bersama ketua-ketua AMK Cabang yang lain.


"InshAllah, gerak kerja menggerakkan akar umbi serta capaian pengaruh media sosial AMK Wilayah Persekutuan akan lebih tersusun ditambah lagi dengan kepimpinan Pengerusi MPN Wilayah yang dipengerusikan oleh Rafizi Ramli, Timbalan Presiden KEADILAN.


"Diharapkan dengan kerjasama dan semangat muafakat ini, kita dapat memastikan AMK Wilayah menambah kekuatan. Ayuh bersama dalam muafakat KEADILAN dalam meyakinkan rakyat," katanya lagi.


Dalam pada itu, Azfar juga mengucapkan penghargaan kepada Ketua AMK Pusat, Adam Adli Abd Halim yang telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan baik dalam melantik ketua-ketua AMK negeri baru baru ini.


Kini tanggungjawab yang besar akan terletak di bahu ketua AMK negeri untuk memastikan KEADILAN menang sekali lagi dalam PRU 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER