top of page

AMK Wilayah Persekutuan lengkap melantik anggota majlis pimpinan



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan melengkapkan pelantikan anggota pimpinan negeri bagi melengkapi perkara 12 Peraturan Tetap AMK.


Menurut Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Mohammad Azfar Aza Azhar, pelantikan pemimpin pemimpin tersebut telah dilakukan secara musyawarah dan anggota yang dipilih dianggap berkelayakan untuk memimpin cabaran AMK menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.


"Pelbagai penelitian dan pandangan daripada ke semua sembilan Ketua AMK Cabang menerusi perjumpaan bersemuka dan disusuli mesyuarat pada malam semalam yang mana telah memuktamadkan barisan Majlis Pimpinan AMK Wilayah Persekutuan.


"Selaku Ketua AMK Wilayah Persekutuan, saya telah mencadangkan saudari Noor Amelia Zainabila Zaiffri dilantik sebagai Timbalan Ketua AMK Wilayah Persekutuan yang baharu.


"Cadangan ini diterima sebulat suara oleh ke semua Ketua AMK Cabang di Wilayah Persekutuan. Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan kepada kepimpinan wanita muda di dalam KEADILAN dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda agar berani melibatkan diri di dalam politik arus perdana," katanya dalam satu kenyataan.


Manakala jawatan Naib Ketua AMK Wilayah Persekutuan, kata Azfar, diberikan kepada Goh Kah Yong, Sassi a/l Shritaran dan Muhammad Fitri Ramli. Pencalonan mereka telah diterima sebulat suara oleh Ketua-Ketua AMK Cabang di Wilayah Persekutuan.


"Pelantikan tiga tokoh anak muda ini mengukuhkan lagi komitmen AMK Wilayah Persekutuan yang bersifat inklusif dengan melibatkan penglibatan segenap lapisan masyarakat berbilang kaum.


"Diharapkan dengan pelantikan penuh ke semua jawatan utama Majlis Pimpinan Pusat ini dapat memberikan keyakinan kepada anggota-anggota KEADILAN di Wilayah Persekutuan untuk melibatkan diri dan terus bergerak bersama sama ada menerusi cabang atau negeri dalam usaha kita memperkukuh keyakinan rakyat," katanya lagi.





Berikut senarai pimpinan AMK Wilayah Persekutuan:


Ketua Angkatan Muda Keadilan

Mohammad Azfar Aza Azhar (Wangsa Maju)


Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan

Noor Amelia Zainabila Zaiffri (Lembah Pantai)


Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

Goh Kah Yong (Setiawangsa)

Sassi A/L Shritaran (Kepong)

Muhammad Fitri Ramli (Bandar Tun Razak)


Setiausaha Angkatan Muda Keadilan

Wan Nur Aishah Ahmad Fazli (Bandar Tun Razak)


Bendahari Angkatan Muda Keadilan

Syed Yasin Syed Ameer Ali (Segambut)


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan

Muhammad Naqib Nasaruddin (Cheras)


Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan

Nivashini A/P Sankaran (Seputeh)


Penolong Bendahari Angkatan Muda Keadilan

Ahmad Fadhly Ghazali (Putrajaya)


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan

Amirul Amran (Lembah Pantai)


Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan

Muhammad Sabda Suluh Lestari Yahya (Batu)


Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan

Paarthiydasan A/L Ganesan (Wangsa Maju)


Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan

1) Muhammad Arshad Hassni (Segambut)

2) Mohd Hilmy Yakap (Setiawangsa)

3) Mundzir Zahir (Titiwangsa)

4) Mohammad Syazreen Ezam Mohd Saidi (Putrajaya)

5) Muhammad Nazrul Roslan (Kepong)

6) Amir Zuhair Abdull Khalid (Cheras)

7) Law Chuung Sien (Cheras)

8) Hariharan A/L Nagendran (Setiawangsa)

9) Wai Yoke Heng (Segambut)


Pengarah Pilihanraya Angkatan Muda Keadilan

Noor Amelia Zainabila Zaiffri

Muhammad Fitri Ramli

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page