top of page

AMK Wilayah Persekutuan anjur Jom Shopping Raya rai 20 mahasiswa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 31, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Bagi memaknai kemeriahan Syawal yang bakal menjelang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan menganjurkan Program Jom Shopping Raya melibatkan 20 mahasiswa, baru-baru ini.


Program itu antara lain bertujuan berkongsi rezeki bersama mahasiswa yang terdiri daripada anak yatim daripada beberapa buah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sekitar Kuala Lumpur dalam persediaan untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.


Menurut Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Muhammad Naqib Nasaruddin, program tersebut merupakan satu usaha mendekati dan menyantuni anak muda selain memaklumkan pelbagai program lain yang akan dianjurkan bagi menyantuni golongan berkenaan.


"Setiap penerima (mahasiswa) menerima sumbangan berupa barangan kelengkapan pakaian hari raya untuk setiap seorang," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, gedung tekstil terkemuka negara, Jakel juga tidak melepaskan peluang untuk bersama menyumbang dan menaja para penerima dalam program tersebut.


Turut memeriahkan majlis, antaranya pimpinan AMK Wilayah Persekutuan yang hadir Naib Ketua Hilmy Yakap dan Sassi A/L Shritaran, Setiausaha Noor Amelia Zainabila, Ketua AMK Titiwangsa Mundzir Zahir dan Penolong Setiausaha Syafiq Anwar, Penolong Pengarah Komunikasi Azrul Iman, serta Exco Kuek Zhe Han dan Najmuddin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page