top of page

AMK Wilayah lapor polis gesa tindakan ke atas individu hina agama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 20, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu berhubung hantaran di media sosialnya yang menghina kalimah Allah berkaitan isu penjualan stoking di pasar raya KK Mart.


Ketua Penerangan, Muhammad Azha Salahudin berkata, laporan polis itu dibuat untuk memastikan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang.


"Mewakili AMK Wilayah Persekutuan bersama rakan-rakan AMK Setiawangsa telah hadir ke Balai Polis Setiawangsa malam tadi untuk membuat satu laporan polis terhadap seorang individu yang menghina kalimah Allah dan kesucian agama Islam di media sosial.


"Laporan ini juga akan menjadi pengajaran kepada mereka yang cuba untuk mencetuskan sebarang provokasi serta menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang mampu menganggu-gugat keamanan dan keharmonian di negara kita," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, tular individu yang dikenali sebagai Chiok Wai Loong memuat naik beberapa gambar berkaitan insiden penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' di KK Mart.


Menyifatkan sebagai satu jenaka, tindakan Wai Loong mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia yang menyifatkan ia sebagai satu penghinaan.


Susulan itu, Wai Loong tampil membuat permohonan maaf dan berjanji untuk tidak membuat apa-apa komen berhubung kesucian agama lain.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page