top of page

AMK Wangsa maju dekati anak muda anjur futsal santai



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wangsa Maju menganjurkan futsal santai bagi mendekati anak muda di parlimen berkenaan.


Menurut Ketua AMK Wangsa Maju, Azfar Aza, penganjuran futsal santai tersebut merupakan permintaan akar umbi agar aktivis parti dapat berjumpa dan beriadah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan anak-anak muda melakukan aktiviti yang berfaedah.


"AMK Wangsa Maju sedang mendekati anak muda dalam memastikan KEADILAN sentiasa menjadi pilihan golongan itu.


"Selain futsal, AMK juga sedang merancang beberapa program anak muda seperti e-sports, acara muzik dan banyak lagi.


"Penganjuran program-program seumpama ini diharapkan dapat menarik minat anak-anak muda bagi memastikan mereka tidak terjerumus dalam aktiviti-aktiviti tidak sihat.


"Ini merupakan usaha AMK Wangsa Maju dalam membangunkan generasi baru yang berkualiti," katanya.

Andre berswafoto bersama anak muda

Beliau juga menghargai peranan Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai yang giat menggalakkan anak muda aktif dalam aktiviti berfaedah.


KEADILAN Wangsa Maju di bawah pimpinan Andre sentiasa aktif menghidupkan jenama parti semenjak dipilih sebagai ketua cabang pada 2018.


Terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 ini, yang mana anak-anak muda di bawah sayap AMK sentiasa berada di benteng hadapan untuk memantapkan agenda reformasi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page