top of page

AMK turun padang agih keperluan asas kepada mangsa banjir Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17
  • 1 min read

AMK Malaysia mengagihkan bantuan segera berupa makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir
AMK Malaysia mengagihkan bantuan segera berupa makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir

Oleh: Helmi Foad


Angkatan Muda KEADILAN Pusat melengkapkan usaha penyaluran bantuan banjir di lokasi terakhir hari ini di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kampung Ramayah, Penambang yang melibatkan sejumlah 45 keluarga yang terkesan termasuk warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak.


"Beberapa keperluan asas khususnya makanan kering dan air bersih telah kami salurkan kepada keluarga yang yang dipindahkan sementara ke PPS," kata sayap parti itu dalam kenyataan.


Sebelum itu, Ketua AMK Penampang, Eldridge Laurence Timis meneruskan misi bantuan banjir ke kawasan-kawasan rumah penduduk yang terjejas di sekitar Kampung Mahandoi, Kampung Babah, Kampung Kohidzan lorong bumi dan PPS Dewan Buithill bersama anggota sayap parti itu.


Semalam AMK memulakan misi penyaluran bantuan keperluan di PPS Serigai, Putatan melibatkan seramai 50 buah keluarga.


"Kesemua keluarga telah menerima bantuan keperluan makanan kering dan beberapa keperluan lain seperti bekalan air bersih, lampin bayi, susu formula dan lain-lain keperluan PPS," kata AMK Malaysia.


Semalam AMK Malaysia menggerakkan Misi Banjir Sabah melalui KHIDMAT Malaysia bagi membantu mangsa banjir di beberapa daerah terjejas termasuk Penampang, Papar dan Beaufort.


Naib Ketuanya Nabil Halimi berkata pasukan sukarelawan KHIDMAT Malaysia telah digerakkan untuk menjalankan kerja-kerja awal termasuk pemantauan, penyaluran bantuan asas serta sokongan logistik bersama agensi tempatan.


"Saudara Hilmile Milus turut dilantik sebagai Koordinator KHIDMAT Malaysia bagi Misi Banjir Sabah. Fokus utama bantuan ialah memastikan keselamatan penduduk terlibat, menyediakan makanan, minuman bersih, pakaian, selimut, kit kecemasan serta sokongan moral kepada keluarga mangsa," kata sayap parti itu dalam kenyataan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page