top of page

AMK tubuh Tabung Bantuan Covid19 Sabah



Kesukaran rakyat Sabah menghadapi pandemik Covid 19 dan kurangnya bantuan bakul makanan yang diagihkan Kerajaan Negeri membawa inisiatif Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menubuhkan tabung bantuan kemanusian Sabah.


Menurut Ketua AMK, Akmal Nasir, pertubuhan itu telah pun menyumbangkan bantuan awal ke Sabah dan bantuan seterusnya akan dihantar secara berperingkat.


"Alhamdulillah AMK Malaysia telah menyalurkan sumbangan yang diterima kepada AMK Sabah untuk urusan agihan di sana.


"Terima kasih kepada dermawan yang telah bermurah hati dan percayalah, doa daripada mereka yang dibantu oleh sumbangan saudara-saudari adalah amat bermakna.


"Keadaan di Sabah masih banyak perkara yang boleh dibantu, maka kami akan terus membuka Tabung Bantuan Covid19 Sabah sehingga hujung minggu ini," katanya.


Sehubungan itu, Akmal merayu para dermawan yang ingin membantu agar menyalurkan ke akaun bank atas nama Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan), nombor akaun 21243960010033, RHB Bank.


Akmal memberi jaminan segala sumbangan akan diserahkan sepenuhnya kepada rakan-rakan di Sabah yang amat memerlukan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page