top of page

AMK tolak Tun Mahathir calon PM ke-9





Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menolak Tun Mahathir dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri (PM) ke-9.


Ketua AMK, Akmal Nasir berkata, beliau dan rakan-rakan tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke semalam yang mahukan Tun Mahathir dicalonkan semula sebagai PM dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Menurut Akmal, mengambil semula kerajaan mandat rakyat yang dirampas oleh Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilakukan secara mengkesampingkan agenda Reformasi kerana rakyat yang inginkan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu akan kecewa.


"Memang benar, jika dibiarkan PN berkuasa maka keadaan akan terus bertambah mudarat. Tetapi sudah-sudahlah dengan kaedah memilih kejahatan dari kalangan jahat-jahat ‘lesser than two evils’.


"Sekiranya rakan-rakan lain mahu mengembalikan mandat rakyat, yakinkan yang berlima itu (Bersatu paksi Mahathir) untuk menyokong PH, bukannya menggadaikan sokongan kita buat kali kedua.


"Kewajaran PH membentuk kerajaan adalah untuk membawa perubahan ke arah membela rakyat terbanyak, bukan dibelenggu dengan ketidaktentuan atau polemik berpanjangan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Sehubungan itu, Akmal mengingatkan para penyokong Pakatan Harapan (PH) mengenai ketidaktentuan politik yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada kesilapan Tun Mahathir mencatur politik pada Februari lalu.


"Ingatlah, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya PM ketika itu tidak meletakkan jawatan tanpa perbincangan dengan PH.


"Kita bukan tidak sedar, pintu belakang sebenarnya dibuka jauh lebih awal yang mana mandat rakyat telah dikhianati dan dipijak begitu sahaja.


"Sebagai contoh, KEADILAN tidak pernah mencadangkan Azmin dan kartelnya untuk dilantik sebagai menteri tetapi beliau angkat juga dan tubuh kabinet ikut seleranya.


"Dasar pecah perintah sebegini rupa menyebabkan habis porak-peranda parti. Sampai sekarang, tindakan Azmin dengan Langkah Sheratonnya langsung tidak dikecam.


"Ketika kita ada sokongan rakyat dan memiliki panduan yang jelas, perjuangan PH diketepikan dan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Presiden (dasar PH, peralihan, Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain) terus-menerus tidak dipedulikan (oleh Mahathir)," katanya lagi.


Akmal membangkitkan semula keputusan Tun menolak untuk memenuhi semua manifesto PRU PH dengan kata-kata 'manifesto bukan kitab suci' sehingga PH kalah dalam hampir semua pilihan raya kecil pada 2019.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga menasihatkan PH agar bergerak melangkaui sentimen dan pencaturan politik melulu. Beliau turut sukar menerima cadangan rakan-rakan komponen PH agar satu lagi perjanjian dibuat di antara Anwar dan Mahathir, kerana perit dikhianati dalam perjanjian yang lalu masih berbekas.


"Buatlah penjanjian atau mekanisme macam mana sekali pun, bila asyik dimungkiri (langgar janji) memang susah hendak dipercayai lagi.


"Pendirian saya dan AMK, kami tidak akan menyokong kerosakan yang sama buat kesekian kalinya," akhiri Akmal.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page