
Angkatan Muda KEADILAN telah terima sumbangan sebanyak RM33,591 setakat ini, lebih daripada sasaran asal sebanyak RM10,000.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata, sebanyak RM15,000 telah dibelanjakan bagi tujuan misi menyelamat, makan minum mangsa banjir dan operasi pembersihan.
"Terima kasih kepada saudara-saudari para dermawan. Kami juga hargai penyumbang yang menyalurkan sumbangan berbentuk barangan dan peralatan untuk Misi Bantuan Banjir AMK.
"Setiap hari dari Isnin lepas hingga Ahad ini kami telah susun operasi
pembersihan tertumpu beberapa kawasan di sekitar Selangor.
Pada masa sama, katanya, AMK Pahang dan AMK Negeri Sembilan sedang menggerakkan operasi bantuan di negeri masing-masing dan mereka juga memerlukan pertolongan tambahan.
"Maka, kami meningkatkan sasaran kutipan kepada RM50,000 bagi menggerakkan usaha ini terutamanya urusan operasi pembersihan pasca banjir.
"Insya-Allah sama-sama kita ikhtiar yang terbaik bagi membantu mangsa-mangsa banjir," katanya.
Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun RHB Bank menerusi 2124 39600 10033 kepada Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan)