
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia semalam menerima kunjungan Pemuda Partai Persatuan Pembangunan (PPP) Indonesia.
Delegasi PPP tersebut disambut oleh beberapa pimpinan utama AMK diketuai Adam Adli Abdul Halim.
AMK dan Pemuda PPP kemudiannya bertukar tukar pengalaman serta isu isu yang diperjuangkan di negara masing masing.
Adam menyebut mengenai naratif perjuangan reformasi di Malaysia dan kejayaan Pakatan Harapan mentadbir dua negeri terkaya sejak 2008, iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Manakala pemuda PPP mengkisahkan mengenai perjuangan PPP dalam pentadbiran kerajaan Indonesia.
Kunjungan tersebut mengeratkan lagi parti parti politik negara rumpun nusantara, juga merapatkan kerjasama para politikus muda masa hadapan yang dijangka bakal menjadi pimpinan di kedua dua negara.