AMK teraju perjuangan KEADILAN masa hadapan
- Redzuan Shamsudin
- Jun 5, 2021
- 1 min read

Kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia hari ini dibuka dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Dalam ucapan pembukaannya, Abdullah menyeru agar Kongres AMK membincangkan perancangan masa hadapan memantapkan gerak kerja pasca pengkhianatan Langkah Sheraton.
"Kongres ini sebenarnya memberi wajah baru bersiaran di alam maya. Saya rasai ini ujian yang luar biasa yang terpaksa AMK depani.
"Saya harap hujahan dari AMK hari ini akan menjelmakan kekuatan parti kerana KEADILAN mendukung anak muda untuk meneruskan teraju kepimpinan pada masa hadapan.
"Saya berdoa semoga Kongres AMK yang dibuat secara maya tetap menjuruskan keyakinan rakyat, terutama anak-anak muda (di luar sana) selepas berlakunya Langkah Sheraton yang tidak mengizikan kita berkompromi dengan mana-mana pengkhianat yang mencemar parti keramat kita ini," katanya.
Sementara Aminuddin pula menekankan agar perbahasan dilakukan dalam keadaan tertib dan beradab bagi menyatukan saf kemimpinan AMK.
"Saya ucapkan selamat bersidang, berkongres, semoga berjalan dengan baik. Saya berharap biarlah kita berpincang secara penuh adab dan berikanlah pandangan untuk majukan parti kita. Insha Allah parti ini adalah parti untuk anak muda," katanya.
Comments