AMK tawar bantu anak muda terlibat dalam sukan permotoran


Angkatan Muda KEADILAN menawarkan khidmat bantuan kepada anak-anak muda yang mahu menceburi sukan permotoran.


Dalam kenyataan bersama antara Ketua AMK, Akmal Nasir dan Setiausaha Biro Sukan AMK, Yaashan Raj Annavi, mereka menyifatkan kejayaan pelumba muda negara, Syarifuddin Azman yang pertama kali menjuarai FIM CEV Moto3 di Barcelona wajar dicontohi.


“Anak muda boleh menyertai sukan permotoran daripada melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti lumba haram.


“Bermula dari tempat ke-10, Syarifuddin berjaya manamatkan 16 pusingan sejauh 74.5 kilometer dalam masa 29 minit and 32.553 saat.


“Anak muda harus mengambil iktibar dan mencontohi jejak langkah beliau daripada melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti lumba haram,” katanya.


Bagaimanapun, mereka menganggap Malaysia tiada data yang lengkap mengenai kemalangan jalan raya melibatkan lumba haram terutama anak muda.


“Dengan adanya data, kita boleh mencari jalan penyelesaian untuk mengesan dan fokus kepada negeri tersebut untuk mengurangkan kes jenayah jalanan.


“Oleh it, AMK mengalu-alukan anak muda tampil ke hadapan jika ada persoalan mengenai cara bagaimana anda boleh melibatkan diri dalam sukan permotoran.


“Kami akan menawarkan khidmat kaunseling dan juga cara jalan untuk menuju kesuksesan anda dalam bidang sukan permotoran,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER