top of page

AMK Tambun yakin kepimpinan PM Anwar konsisten perangi rasuah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 1
  • 1 min read

ree

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak pernah menyekat ruang demokrasi, malah sentiasa bersikap terbuka terhadap kritikan yang membina.


Pandangan itu dinyatakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tambun ketika mengulas Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu yang turut melibatkan mahasiswa dari beberapa universiti.


Bagaimanapun Timbalan Ketuanya, R. Sharvani (gambar) menerusi satu kenyataan mengingatkan anak muda bahawa sebarang kritikan terhadap kerajaan perlu disampaikan secara tertib dan berasaskan fakta.


"Ruang demokrasi tidak pernah disekat. Malah sebenarnya di bawah Kerajaan MADANI, suara anak muda yang matang dan berhemah sentiasa dihormati.


"Suara dan pandangan anak muda yang positif mempengaruhi proses pembentukan dasar negara," katanya dipetik.


Terdahulu media melaporkan suasana perhimpunan disertai golongan mahasiswa itu pada minggu lalu yang bertukar tegang.


Ia selepas pihak polis cuba membawa keluar seorang individu yang dipercayai bertindak membakar suar berwarna jingga dari kawasan perhimpunan sehingga mencetuskan bantahan dalam kalangan sebilangan peserta.


Sementara itu, Sharvani dalam kenyataannya menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan MADANI akan terus konsisten memerangi rasuah meskipun berdepan cabaran struktur pemerintahan melibatkan pelbagai parti.


"Usaha memerangi rasuah bukan perkara mudah kerana ia telah berakar umbi sejak sekian lama. Namun Kerajaan MADANI tetap komited melaksanakan pembaharuan secara berperingkat demi memastikan masa depan negara lebih bersih, telus dan berintegriti," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page