top of page

AMK tambah anggota, wujud pasukan tangani bencana, tingkat latihan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 1 min read


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia bergerak maju sepanjang tempoh 3 tahun lalu dengan pelbagai pencapaian.


Setiausaha AMK Malaysia, Omar Mokhtar A Manap dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional AMK Pusat di Berjaya Waterfront, Johor Bahru pagi ini berkata, pelbagai program telah dilaksanakan termasuk membantu rakan gabungan Perpaduan dalam pilihanraya sepanjang tempoh 2022 - 2025.


"Kita telah harungi beberapa siri pilihanraya, membantu rakan rakan Perpaduan. Kita ambil alih DUN Nenggiri, pertahan DUN Mahkota, baru baru ini di DUN Ayer Kuning. Itu adalah gerak kerja bersama. AMK kalau berkawan kami akan terus berkawan, buktikan persahabatan," katanya.


Begitu juga, kata beliau, AMK telah berjaya menubuhkan pasukan untuk membantu rakyat menangani bencana seperti pasukan Khidmat dan Laskar Bencana.


Bagi memperkukuh idealisme pula, AMK menubuhkan AKAR.


"Sekarang kita tubuhkan Akademi Keadilan Rakyat atau AKAR. Ini penting untuk kita membina jiwa AMK. Apa perlu kita isi dalam diri mereka," katanya.


Selain itu, Omar turut membariskan kejayaan AMK dalam menambah bilangan ahli sepanjang tempoh lalu.


"Ketika saya mula sebagai Setiausaha AMK pada Disember 2023, keanggotaan 228,895 orang. Hari ini 2025, keanggotaan AMK adalah 315,604 seluruh negara.


"Dulu perwakilan layak hadir 1,134, hari ini kita ada 2,700 perwakilan. Dulu kita bermula 53 cabang, hari ini ada 205 cabang.


"Ini bukan kerja satu, dua orang, ini gembleng tenaga rakan rakan seluruh pelusuk cabang dan ranting seluruh negara," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page