top of page

AMK T'ganu bantu tarik pengundi pastikan calon BN menang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 19, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu akan berusaha menarik dan mengekalkan pengundinya untuk memberi sokongan kepada calon BN bagi merampas semula kerusi Kemaman daripada Perikatan Nasional (PN).


Sehubungan itu ketuanya, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin berkata, AMK merangka pelbagai gerak kerja untuk mendekati pengundi dan menarik sokongan mereka.

Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin

"Kalau kita tengok pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) lebih 9,000 pengundi yang menyokong calon kita.


"Justeru, kami dalam misi untuk mendapatkan sasaran lebih daripada keputusan itu bagi memastikan calon BN mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk merampas Parlimen Kemaman," katanya kepada Suara Keadilan.


Tambahnya, dalam misi menawan semula kerusi tradisi BN itu, Asyraf mengingatkan kerjasama jentera dan pengundi Kerajaan Perpaduan amat penting untuk mendapatkan sokongan yang utuh.


"InshAllah, jika kita sama-sama mainkan peranan bukan sahaja di media sosial tetapi bergerak ke lapangan bagi menyakinkan penyokong masing-masing kita boleh membuat perubahan.


"Asalkan pengundi tegar tidak boikot, saya yakin kita ada peluang untuk merampas Parlimen Kemaman daripada PN," ujarnya.


Pada 18 November hingga 2 December ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen bagi calon BN Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan calon PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi merebut kerusi Parlimen Kemaman.


Justeru, kira-kira 141,790 pengundi diberi hak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam memilih calon baharu bagi kerusi itu setelah penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan kemenangan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page