top of page

AMK susun strategi PRU 15, mantapkan organisasi, gerak kerja akar umbi - Adam Adli





Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia akan menyiapkan strategi terbaik menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dijangka akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang.


Ketua AMK Malaysia yang baharu Adam Adli Abdul Halim berkata, strategi yang sesuai dan melibatkan semua hierarki kepimpinan amat penting bagi memastikan kemenangan KEADILAN.


"Kita akan pastikan setiap orang yang berkepentingan mempunyai peluang dan peranan masing masing dalam AMK.


"Kita perlu kenalpasti titik kelemahan yang perlu diperbaiki, terutama dalam soal cabang cabang (AMK) yang berstatus penaja, kita perlu selesaikan supaya kita dapat pastikan menjelang PRU 15, tak kira sama ada cabang tersebut terlibat dengan pilihan raya secara langsung atau tidak di kawasan Parlimen masing masing, tetap ada persediaan yang cukup.


"Perlu dipastikan sayap pemuda ada kapasiti mencukupi untuk melaksanakan gerak kerja. Tentu sekali kita juga ada banyak perancangan lain yang melibatkan semua anggota untuk pastikan adanya proses penerangan yang jelas kepada setiap orang dan memastikan fokus terhadap pilihan raya itu tidak lari," kata Adam kepada Suara Keadilan.


Menurut beliau, AMK juga akan menyediakan pelan jangka panjang pemantapan sayap pemuda selama beliau memimpin.


Katanya, AMK akan mengambil pendapat anggota bawahan untuk memantapkan lagi organisasi agar mampu mendepani cabaran perubahan zaman.


"Kita akan sediakan pelan jangka panjang dalam satu penggal. Saya pimpin AMK perlulah ada hala tuju yang mana selepas ini kita boleh pastikan ia diteruskan dan menjadi satu pemangkin kepada gerak kerja yang akan datang


"Kita juga akan ambil pendekatan meneliti pendapat yang didapati dari akar umbi sepanjang kempen lalu. Itu adalah suara sebenar ahli. Mereka mahu diberi peluang untuk menyatakan pendapat, pandangan juga kritikan dengan lebih berkesan.


"Ke hadapan perlu ada satu ruang diwujudkan untuk anggota dilibatkan dalam proses membuat keputusan sebaik mungkin," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page