AMK sumbang 36 mesin pernafasan kepada hospital-hospital Covid-19


Angkatan Muda KEADILAN mengambil inisiatif menyumbang 36 buah mesin pernafasan iaitu oxygen concentrator kepada hospital-hospital Covid-19.


Ketua AMK, Akmal Nasir berkata, sumbangan itu dibuat setelah mendapati hospital-hospital kekurangan alatan pernafasan untuk pesakit.


"Peningkatan kes positif Covid-19 yang mendadak termasuk mereka yang kritikal memerlukan kita untuk ikhtiar dan usahakan sesuatu yang luar biasa.


"Antaranya paling mendesak adalah kekurangan alat bantuan pernafasan.


"Maka minggu lepas, KEADILAN telah menyerahkan sumbangan 81 unit alat Oksigen Concentrator yang bernilai RM250,000 melalui biayasama (crowdfunding) kepada hospital-hospital yang merawat pesakit Covid-19," katanya.


Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM115,500 merupakan kutipan sumbangan yang diusahakan oleh pimpinan AMK iaitu Simon Ooi, ADUN Bakar Arang yang merupakan Bendahari AMK Malaysia dan juga Chua Wei Kiat, ADUN Rawang merangkap Ketua AMK Selangor.


"Mewakili pihak AMK Malaysia, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Simon dan Wei Kiat atas keprihatinan dan komitmen menyumbang kepada masyarakat," kata Akmal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER