top of page

AMK sokong PM, Kerajaan Perpaduan sekat kapal dagang Israel



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru rakyat Malaysia agar bersatu hati memberi sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan berhubung tindakan melarang kapal dagang Israel berlabuh di negara ini.


Menurut Setiausaha AMK, Omar Mokhtar A Manap, tindakan tegas yang dibuat oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenakan larangan kekal terhadap syarikat perkapalan Israel, ZIM Integrated Shipping Services adalah suatu tindakan yang berani dan perlu dipuji.


"Ketegasan ini bukan hanya terpakai kepada syarikat perkapalan ZIM yang berpangkalan di Israel, bahkan kepada semua kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel atau yang mengguna pakai bendera Israel dari berlabuh dan memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam kenyataan hari ini.


Hal itu, kata Omar, merupakan siri tindakan tegas Kerajaan Perpaduan dalam menzahirkan solidariti terhadap Palestin biarpun sering dipertikaikan oleh pembangkang Bersatu dan Pas.


Larangan itu juga katanya, boleh diikuti mana mana negara yang tidak menyokong keganasan Israel membunuh umat Islam di Gaza.


"Tindakan Kerajaan Malaysia hari ini menjadi simbol yang bakal dicontohi masyarakat antarabangsa bahawa dunia mengecam dan menentang kezaliman Israel," ujarnya.


Syarikat Israel, Zim pengendali kapal kargo disekat daripada berlabuh

Dalam pada itu, jelas Omar, keputusan Kerajaan Perpaduan membatalkan kesemua ketetapan kerajaan lalu memperlihatkan pentadbiran PM Anwar lebih tegas berbanding Tun Mahathir Mohamad sebelum ini yang kononnya pejuang sejati menentang keganasan Israel.


Hal itu, katanya, pentadbiran Dr Mahathir pernah membenarkan syarikat perkapalan Israel berlabuh di Malaysia sejak tahun 2002.


"Semalam, beliau (Mahathir) mempertahankan keputusan kononnya kerana waktu itu Malaysia masih menaruh harapan kepada usaha damai antara Palestin dan Israel.


"Ia tidak lebih daripada sekadar alasan Dr Mahathir yang juga merupakan “Penasihat SG4” (Kerajaan Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis) untuk mempertahankan diri, sama seperti sewaktu beliau membenarkan pasukan kriket Israel menyertai pertandingan di Kuala Lumpur pada Mac 1997, kononnya atas semangat kesukanan," kata Omar lagi.


Justeru dalam detik genting ini, Omar menggesa seluruh Malaysia untuk bersatu padu memberikan sokongan serta dokongan penuh kepada PM Anwar dalam mewakili denyut nadi rakyat berhadapan serangan kejam Israel ke atas Palestin yang mengorbankan hampir 20,000 jiwa penduduk Gaza tidak berdosa.


Untuk rekod, Kabinet pada 2002 membenarkan kapal milik ZIM untuk berlabuh di Malaysia dan pada 2005, Kabinet memberi kebenaran kepada kapal syarikat berkenaan menjalankan aktiviti pemunggahan kargo di negara ini.


Semalam, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan melarang syarikat ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini.


Tegas PM, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu berkuat kuasa serta-merta.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page