top of page

AMK sokong penuh langkah Anwar tangani Belanjawan 2021



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menyokong penuh sebarang langkah Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbahasan dan pengundian Belanjawan 2021.


Menurut kenyataan Majlis Pimpinan AMK Malaysia, mesyuarat secara maya yang dijalankan pada pagi tadi telah bersetuju sebulat suara menzahirkan sokongan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan itu dalam setiap strategi yang diambil.


"Berdepan dengan ketidaktentuan politik semasa, AMK menyeru seluruh anggota untuk terus fokus menjalankan gerak kerja bagi memastikan hal ehwal kebajikan rakyat serta isu ekonomi dan pekerjaan anak muda mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya daripada pihak kerajaan.


"Seperti yang telah ditekankan oleh Presiden sebelum ini, masih terdapat ruang untuk menyatakan pendirian tegas terhadap kerajaan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat Jawatankuasa pada minggu-minggu akan datang, supaya belanjawan yang dirangka benar-benar menyelami cabaran ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat dalam suasana pandemik Covid-19.


"AMK berdiri teguh bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar dalam usaha beliau mengembalikan mandat rakyat, seperti yang turut dipersetujui di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan," kata mereka.


AMK juga mengharapkan perbahasan peringkat Jawatankuasa bermula Isnin ini akan memperlihatkan ketegasan pembangkang menghalang kelulusan peruntukan yang membazir dan tidak bermanfaat kepada rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page