top of page

AMK Simpang Renggam edar briayani sempena Deepavali



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Simpang Renggam baru-baru ini menganjurkan program Edaran Briyani Sempena Deepavali 2021


Menurut Pengarah Komunikasi AMK Johor, Firdaus Zainal, edaran tersebut dilakukan di Kedai Raju Hentian Bas Renggam berasaskan semangat muhibbah antara sesama anggota parti yang berbilang kaum, bangsa dan agama.


"Kami memasak dan menyiapkannya bersama-sama dari jam 4 pagi sehingga selesai dan diberi secara bungkus sebanyak 250 pek kepada warga setempat.


"Manakala secara hidang sebanyak 100 pek di mana tuan punya kedai merangkap Timbalan Ketua AMK, saudara Raju Krishnan yang menjadi lokasi pilihan kami untuk menjalankan program sambutan perayaan ini.


"Kepada Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam Uncle Wong, Penyelaras KEADILAN DUN Layang-Layang Faizul Abd Ghani, rakan-rakan AJK Cabang, saudara Suria Vengadesh wakil Ketua AMK Johor, terima kasih sudi memenuhi jemputan kami," katanya.


Justeru, katanya AMK Simpang Renggam mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page