AMK Simpang Renggam dapatkan sumbangan roti canai buat pusat jagaan warga emas

Updated: Jul 21


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Simpang Renggam baru-baru ini berusaha mendapatkan sumbangan roti canai sejuk beku untuk penghuni Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah.


Menurut Ketua AMK Simpang Renggam, Mohd Zulkifli Azid, beliau mendapat tahu penghuni pusat jagaan warga emas tersebut gemarkan roti canai dan beliau mendapatkan sumbangan daripada Perniagaan YR yang menyediakan produk berkenaan.


"AMK Simpang Renggam begitu bersyukur kerana Perniagaan YR sudi menyumbangkan roti canai frozen yang diberi nama Roti Canai YZ beserta kuah dalcanya sekali.


"Terima kasih kepada pihak penaja, saudara Yusof Rahman, seorang usahawan tempatan yang meningkat naik dengan produk Roti Canai YZ," kata Zulkifli.


Tambah beliau lagi, AMK Simpang Renggam yang diwakili oleh Naib Ketua, saudara Mohd Faiz Abu dan Ketua Srikandi, Noorliyana Ahmad telah meyampaikan sumbangan roti canai frozen tersebut kepada wakil pengurus pusat jagaan itu.


"Oleh kerana pematuhan SOP yang ketat, kami tidak dibenarkan berjumpa dengan penghuni pusat jagaan ini untuk bertanya khabar dan beramah mesra dengan mereka.


"Kami akur walaupun kami tidak dapat bersua muka dengan mereka


"Bagi kami menyampaikan amanah dari penderma itu yang lebih penting agar sumbangan tersebut sampai kepada sasaran," katanya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER