top of page

AMK siap siaga hadapi PRU 15, banjir - Adam Adli



Hujung tahun 2022 mungkin yang tempoh paling mencabar bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia kerana terpaksa mengharungi banjir dan kemungkinan besar Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Bagaimanapun, Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim berkata, sayap pemuda itu bersiap sedia dengan apa jua senario selain akan terus memperjuangkan isu isu mendesak dalam kalangan anak muda.


Keputusan itu, katanya, dicapai dalam pemukiman AMK pada 30 September lalu yang dihadiri seluruh anggota Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (MPAMK) Pusat.


"Pemukiman telah membincangkan hal-hal terkait anak muda seperti isu kos pendidikan tinggi yang melambung, masalah pengangkutan awam menjejaskan anak muda yang baru bekerja, perlindungan sosial yang tidak dimaksimumkan keupayaannya dan peningkatan kadar pengangguran serta guna tenaga tidak penuh (underemployment) akibat kegagalan kerajaan fokus menyediakan mekanisme mewujudkan lebih banyak pekerjaan bermaruah serta solusi-solusinya berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh beberapa Ketua Angkatan Muda KEADILAN peringkat negeri sepanjang minggu lalu.


"Selain membincangkan gerak kerja strategik menuju pilihan raya, fokus pemukiman kali ini juga terhadap persediaan gerak kerja AMK menghadapi banjir khususnya persediaan sebelum banjir. Kami juga menginsafi amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang menjangkakan keadaan dan kesan banjir yang lebih besar.


"Sehubungan itu, AMK akan menggerakkan Galang Dana Kit Banjir AMK sebagai salah satu usaha meraih dana untuk menyediakan kit persediaan banjir termasuklah jaket keselamatan, wisel, beg kalis air, lampu suluh, bar tenaga dan beberapa item lain dengan sasaran awal sebanyak 1000 kit sebagai salah satu inisiatif awal menghadapi banjir," kata Adam dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, beliau juga mengecam kenyataan pemimpin utama Umno yang berdegil untuk mengadakan PRU ke 15 biar pun terpaksa mengharung banjir.


Kata Adam, Umno perlu insaf bahawa nyawa rakyat lebih penting untuk dipelihara dan tidak hanya fokus kepada mengekalkan kuasa.


"AMK menempelak keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang mahu pilihan raya diadakan pada tahun ini. Keputusan yang diambil ini bermakna setiap rakyat Malaysia akan disusahkan lagi akibat terpaksa bergelut dengan survival nyawa dan harta benda akibat banjir dalam keadaan segala sumber yang ada tidak boleh dimaksimumkan untuk membantu mereka dalam bersiap siaga menghadapi banjir kerana akan turut digunakan untuk pilihan raya.


"Keghairahan Umno mengasak semua pihak supaya pilihan raya diadakan tanpa mengambil kira keadaan terdesak rakyat menunjukkan hilangnya pertimbangan pemimpin Umno dalam mengutamakan kemaslahatan harta dan nyawa rakyat," katanya.


Adam juga mahu rakyat membuka mata akan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno ketika pelbagai pihak termasuk AMK melakukan persediaan menghadapi banjir parti pemerintah itu terus berkeras mengarahkan Perdana Menteri untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page