top of page

AMK Shah Alam junjung kasih titah Raja Melayu, tolak politik perkauman



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjungjung titah Raja-Raja Melayu yang menggesa tiada lagi pemimpin membangkitkan isu-isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut masyarakat.


Menurut Naib Ketua AMK Shah Alam, Firdaus Abdol Samad, amat penting semua pihak mengawal suhu politik pasca Pilihan Raya Umum ke 15 yang menyaksikan terdapat parti parti menggunakan perkauman untuk mencapai tujuan politik.


"Umum mengetahui suhu politik tanah air kebelakangan ini agak hangat, terutamanya sepanjang tempoh berkempen PRU 15 dan selepas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Di mana masyarakat dapat melihat pelbagai kenyataan serta ucapan pimpinan dan penyokong Perikatan Nasional yang memainkan sentimen perkauman, fitnah dan adu domba tanpa mengira fakta sebenar.


"Semua itu dengan tujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat terutamanya orang Melayu-Islam. Perkara sebegini ternyata lari daripada nilai-nilai yang diajar oleh agama Islam dan akan memberi gambaran yang buruk terhadap Islam itu sendiri.


"AMK Shah Alam menyeru semua lapisan masyarakat menjunjung serta menghayati titah Raja-Raja Melayu, serta menolak sekeras-sekerasnya sebarang usaha ingin mengapi-apikan isu perkauman dan agama demi keuntungan politik sempit semata-mata," katanya selepas selesai membuat laporan polis berkenaan isu perkauman, malam tadi.


Menurut Firdaus lagi, racun perkauman dan agama sempit perlu dibanteras segera sebelum merebak menjadi barah dalam masyarakat sehingga mengganggu keharmonian antara kaum.


"Perkauman seharusnya dibendung secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak kerana ia mampu menggugat perpaduan dan ketenteraman rakyat jika dibiarkan berterusan.


"AMK Shah Alam akan terus berusaha memperjuangkan hak serta merangka program dan inisiatif yang bermanfaat bagi anak muda khususnya warga Shah Alam, serta akan menggembleng seluruh tenaga bagi mengekalkan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan demi masa depan yang lebih baik," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page