top of page

AMK Sembrong anjur sumbangan bakul makanan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 29, 2020
  • 1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sembrong baru-baru ini menganjurkan sumbangan bakul makanan kepada masyarakat setempat di sekitar Parlimen Sembrong yang terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19.


Menurut Ketua AMK Sembrong, Mohamad Nasir, sumbangan tersebut telah diberikan kepada golongan sasar yang dirasakan layak untuk menerima bantuan.


"Golongan sasar yang menjadi sasaran AMK adalah Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Pesakit kronik dan individu yang dirasakan perlu untuk dibantu.


"Sumbangan ini diberikan oleh pihak persendirian yang berhajat membuat kebajikan. AMK Sembrong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang prihatin akan situasi semasa masyarakat di sini," katanya.


Mohamad yang juga Naib Ketua AMK Johor berkata, AMK Sembrong turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan pimpinan AMK Sembrong serta sukarelawan yang menjayakan misi berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page