top of page

AMK Selayang usul tolak kerjasama dengan Tun Mahathir PRU 15

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 12, 2021
1 min read



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Selayang mengusulkan menolak sebarang kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Pengarah Komunikasi AMK Selayang, Dinesh Selvarajoo, Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Selayang, Jumaat lalu telah meluluskan usul berkenaan.


"Dalam MATC AMK Selayang saya membahas satu usul iaitu tiada lagi kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dan parti Pejuang dalam PRU 15 yang akan datang sebagai menghormati pandangan rakyat.


"Usul saya juga diluluskan sebulat suara dalam MATC AMK Selayang, semalam. Saya mengucapkan ribuan terima kepada YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang merangkap Ketua AMK Selayang atas peluang yang diberi untuk membahaskan usul tersebut," katanya.


MATC AMK Selayang dirasmikan oleh Tan Kar Hing ADUN Simpang Pulai merangkap Naib Pengerusi KEADILAN Perak.


Turut hadir Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen merangkap Ketua Cabang KEADILAN Selayang

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page