AMK Selangor umum barisan kepimpinan, tarik anak muda
- Suara Keadilan
- Aug 22
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mengumumkan barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2025-2028 dengan tumpuan memperkukuh organisasi dan memperhebat jentera menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketuanya, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) berkata, selain lantikan baharu, pihaknya juga menumpukan beberapa perkara utama pasca mesyuarat iaitu merangka strategi bagi mendekati golongan anak muda.
"Saya mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua yang dilantik.
"Hasil perbincangan dan pandangan bersama Ketua-Ketua AMK Cabang dan selaras dengan peraturan AMK, maka saya mengumumkan barisan pelantikan pimpinan negeri bagi penggal 2025-2028.
"Semoga lantikan ini dapat memantapkan organisasi AMK Selangor, mampu menarik lebih ramai belia bersama KEADILAN serta dapat merumus permasalahan dalam masyarakat untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan," katanya dalam satu kenyataan.
Berikut merupakan senarai lantikan kepimpinan baharu:
Ketua: Muhammad Iman Haziq Mohammad
Timbalan Ketua: Mohamad Shahrul Adnan
Naib Ketua 1: Mathiventhar A/L Mahendran
Naib Ketua 2: Tan Seng Wei
Naib Ketua 3: Muhammad Asyraf Syafiq Anuar
Setiausaha: Muhammad Ghafurullah Ismail
Setiausaha Pengelola: Muhammad Azimuddin Mohamed
Penolong Setiausaha Pengelola: Mohammad Shahrul Nizam
Setiausaha Kerja: Radin Muhammad Fawaz A Razak
Bendahari: Ong Ti Sien
Penolong Bendahari: Chua Vincent
Ketua Penerangan: Mohd Ifwat Amir Hamirudin
Timbalan Ketua Penerangan: Abdullah Zaid Abdullah Sani
Pengarah Komunikasi: Haziq Izwan Mohd Husni
Timbalan Pengarah Komunikasi: Muhammad Luqman Al-Hakim Ishak
Pengarah Strategi: Mohamad Khuzairy Kamaruddin
Timbalan Pengarah Strategi: Mohammad Shafiq Yussaini
Ketua Skuad: Rifhan Rahimi Mahmud
Timbalan Ketua Skuad: Mohamad Aznil Zanon
Pengarah Pilihanraya: Abdul Haris Harahap Khairudin
Biro Mobilisasi & Logistik: Muhammad Azri Mustafa
Biro Mahasiswa: Mohamad Arif Iskandar Awang Zali
Biro Usahawan: Nazrin Nawawi
Biro Sukan & Budaya: Naresh A/L P Chandran
Biro Kebajikan & Kemasyarakatan: Mohamad Fathi Zikri Mohd Zain
Biro Kesihatan: Yogabarati A/P Rajandran
Biro Agama: Aidil Haiqal Anwar Abd Malek
Biro Latihan: Muhammad Arif Ilias
Biro Professional: Muhammad Alif Imran Rafique Ali
Biro Guaman: Adib Ashman Burhan Burhanudin
Biro NGO & Sukarelawan: Tamilarasu A/L Thamil Kalai
Biro Wanita Muda: Sarah Anniesya Rohmat
Biro Media Baharu: Muhammad Hisyamuddin Shahrin
Biro Kajian Dasar & Manifesto: Naqiuddin Nazrin
Biro Pembangunan Luar Bandar: Jeegisthiswaran A/L Kuppan
Biro Alam Sekitar: Muralidass A/L Munusamy
Biro Antarabangsa: Muhammad Hariz Isyraf Mohamed Radziff
Ahli Jawatankuasa: Murvinthen A/L S Mohan
Ahli Jawatankuasa: Ruben A/L Pogwan Singh
Ahli Jawatankuasa: Ahmad Umar Khair Zainuddin
Ahli Jawatankuasa: Christopher Ong Kean Li
Ahli Jawatankuasa: Muhammad Nabil Halimi
Ahli Jawatankuasa: Muhammad Izuan Ahmad Kasim
Ahli Jawatankuasa: Bariqul Zaman Batharul Zaman
Ahli Jawatankuasa: Muhammad Afif Abdullah
Ahli Jawatankuasa: Muhammad Farid Mohd Nakip
Ahli Jawatankuasa: Prakash A/L Murugan
Ahli Jawatankuasa: Mohammad Zaiham Ahmad Kamal
Ahli Jawatankuasa: Ashraf Ahmad Hadi
Ahli Jawatankuasa: Muhammad Ezamuddin Mohd Razi
Ahli Jawatankuasa: Shanthiran Manimaran
Ahli Jawatankuasa: Muhammad Haqimi Mohd Zamri
Ahli Jawatankuasa (Lantikan): Mohd Fathy Mohd Yusaini
Ahli Jawatankuasa (Lantikan): Muhammad Imran Hariz Mohammad Hamizi
Ahli Jawatankuasa (Lantikan): Muhammad Fahmi Azman
Comments