top of page

AMK Selangor siap siaga hadapi banjir, PRU 15



Angkatan Muda KEADILAN Selangor yang mengadakan mesyuarsat kali pertamanya pada 14 September lalu siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 dan malapetaka banjir sekiranya berlaku.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Izuan Kasim, AMK negeri akan berusaha menggerakkan jentera anak muda untuk memastikan misi itu dilaksanakan dengan sempurna.


"Antara intipati mesyuarat adalah gerak kerja persediaan PRU ke-15. AMK Negeri Selangor akan mengambil tanggungjawab bagi menggembleng segala kekuatan anak muda termasuk daripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan negeri ini kekal dipimpin oleh KEADILAN.


"Mengambil kira pengumuman banjir besar yang berkemungkinan akan berlaku di Selangor, AMK negeri akan melakukan kesiapsiagaan dengan mengumpulkan kesemua ahli dan sukarelawan untuk membantu menghadapi musibah yang tidak diingini itu," katanya.


Izuan berharap pepatah "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" akan menjadi teras muafakat AMK Selangor.


Beliau juga berkata, sesi mesyuarat itu telah berjaya menyelesaikan semua isu yang timbul dalam AMK Selangor sebelum ini.


"Sesi perbincangan bersama Ketua AMK Cabang yang diadakan mencapai kata sepakat berkenaan struktur organisai AMK Negeri.


"Justeru, saya mengucapkan tahniah kepada kesemua Jawatankuasa Kepimpinan Negeri Selangor 2022-2025 yang baru dilantikan dalam menggalas tanggungjawab.


"Kepelbagaian yang berada di dalam jawatankuasa ini menjadi teras kepada kekuatan sayap AMK bagi menempuh PRU 15 yang bakal menjelang," katanya lagi.


Pimpinan AMK Selangor seperti berikut:





Komentáře


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page