top of page

AMK Selangor selar Chegu Bard hina PM, buat laporan polis



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor malam tadi tampil membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard kerana menghina Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dajal.


Timbalan Skuad dan Mobilisasi AMK Selangor, Firdaus Abdol Samad menggesa, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu disiasat dan diambil tindakan oleh pihak polis kerana perbuatan menghasut tersebut.


"Saya percaya kenyataan yang dikeluarkan oleh individu itu (Chegu Bard) mampu mendatangkan mudarat awam di samping mempunyai elemen jenayah yang bersifat menghina dan fitnah serta mampu mendatangkan kebencian atau penghinaan bagi membangkit rasa tidak setia terhadap Kerajaan terutamanya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kenyataan individu tersebut juga boleh menimbulkan suasana tidak harmoni perpecahan serta perasaan permusuhan, saling membenci yang jelas berniat jahat dan mampu menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat.


"Sehubungan itu, pohon siasatan dan tindakan undang-undang secara tegas dibuat ke atas Badrul Hisham Shaharin," katanya melalui satu kenyataan.


Pada 26 November, Badrul dalam ceramahnya ‘Teguh Pertahan Pilihanraya Kecil (PRK) P040 Kemaman’ mendakwa Perdana Menteri sebagai dajal yang digambarkan dalam sebuah kitab karangan ulama akan muncul pada akhir zaman dan menjanjikan pelbagai perkara sekiranya mengikut kehendaknya.


Dakwaan tersebut dibuat susulan kegagalan blok pembangkang memperoleh peruntukan kawasan parlimen, meskipun PM Anwar berulang kali menggesa agar perbincangan peruntukan berkenaan diadakan.


Rentetan itu, Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim menyeru agar semua sayap pemuda KEADILAN membuat laporan di seluruh negara terhadap Badrul berhubung fitnah berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page