top of page

AMK Selangor sambut baik pimpinan tanding Timb Ketua AMK Malaysia, MPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 29
  • 2 min read



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyambut baik hasrat pimpinan KEADILAN, sama ada AMK atau peringkat negeri untuk bertanding jawatan di peringkat pusat dalam Pemilihan KEADILAN 2025.


Menurut Timbalan Ketua AMK Negeri Selangor, Muhammad Iman Haziq (gambar), pengumuman Ketua AMK Selangor, Izuan Kasim untuk bertanding Timbalan Ketua AMK Malaysia amat dialu alukan dan disokong penuh berdasarkan kecemerlangan prestasi beliau sebelum ini.


"Kita terima baik hasrat YB Izuan untuk bertanding Timbalan Ketua AMK Malaysia. Saya dan seluruh ketumbukan AMK Selangor yakin kepimpinan beliau di atas sejarah ketrampilannya yang kita rasakan sebelum ini.


"Di atas kejayaan beliau bersama AMK Selangor kita yakin beliau akan memberi nilai tambah di peringkat pusat. Kami menyokong penuh Izuan sebagai Timbalan AMK Malaysia," ujarnya dalam sidang media Majlis Rewang Mantai Anak Muda bersama Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Beringin, Batu Caves, Selangor pagi tadi.


Manakala Izuan menyokong pencalonan Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi dan Ketua AMK Malaysia Adam Adli Abd Halim ke posisi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


"Dua sosok ini bukan asing dengan AMK Selangor, apabila mereka mahu bertanding MPP seharusnya kami di AMK Selangor beri sokong penuh atas prestasi yang ditunjukkan.


"Kedua kedua pemimpin ini dari akar umbi, jadi aspirasi akar umbi jadi elemen penting, supaya keputusan yang dibuat oleh pimpinan pusat, suara itu (bawahan) dapat menjadi salah satu elemen dalam mesyuarat," katanya.


Saifuddin sebagai calon pula berkata bahawa beliau sedia merapatkan sebarang jurang dalam MPP dan anggota biasa KEADILAN kerana beliau berasal dari gerakan rakyat dan menyertai politik dari bawah.

Saifuddin Shafi
Saifuddin Shafi

"MPP saya merasakan ada beberapa gap, ruang yang kita perlu rapatkan antara pimpinan dan akar umbi.


"Ada kalanya kita tertinggal suara akar umbi. Inilah masanya, setelah Datuk Seri Anwar berjaya menstabilkan kerajaan dan pentadbiran, saya rasa inilah masanya pimpinan muda naik ke satu tahap kepimpinan yang lebih tinggi untuk menyantuni dan repons terhadap isu. Isu tidaklah besar tetapi kalau KEADILAN mahu ke hadapan kita kuatkan beberapa elemen dalam parti.


"Inilah yang saya ingin tawarkan," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page